Lim Kit Siang si ‘kayu pembaris’.

oleh Ab Jalil Backer

Lim Kit Siang sangat melucukan.

Beliau tanpa rasa malu mendakwa Pakatan Harapan tidak menjanjikan apa-apa dalam PRK Cameron Highland kerana mahukan sebuah pilihan raya yang bersih.

Namun dalam pelbagai ceramah PH berjanji akan memberi pelbagai kemudahan kepada orang asli.

PRK bersih?

Apa yang Kit Siang terlupa beritahu ialah Menteri, dan Timbalan Menteri PH telah menggunakan harta benda kerajaan secara berleluasa dalam PRK kali ini.

Bukan sahaja kenderaan dan peruntukan kerajaan digunakan, terbaru twitter Kementerian Kewangan juga digunakan. Demikianlah kotornya parti yang mendakwa mempelopori kempen pilihan raya bersih.

Apa yang Kit Siang enggan beritahu ialah PH tidak berani menjanjikan apa-apa kali ini kerana sedar sebarang janji mereka akan diketawakan orang sahaja.

Satu dunia sudah tahu PH menang dengan janji palsu. Pelabur pun sudah lari kerana tidak percaya kerajaan. Rakyat Malaysia pun makin ramai sudah tidak percaya kerajaan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker