Laman FB Kementerian Kewangan juga disalah guna untuk kempen politk parti DAP – Najib

Pagi ini, Menteri Kewangan kita mengeluarkan kenyataan untuk menyangkal kenyataan Menteri Besar Pahang bahawa Pahang mengalami lebihan bajet.

Guan Eng tetap berkata Pahang tidak mampu untuk membantu penduduk di Cameron Highlands kerana Pahang ada hutang yang tinggi.

Eh? Guan Eng bukan berkali-kali berzikir bahawa hutang kerajaan pusat terlalu tinggi pada tahap RM1 trilion?

Bukankah defisit kerajaan pusat di dalam belanjawaan Guan Eng sendiri juga lebih tinggi berbanding di bawah BN.

Bajet surplus dan hutang RM3.2 bilion, tak mampu tolong.

Bajet defisit yang lebih tinggi dan hutang RM1 trilion, mampu tolong?

Mungkin ada syaitan yang rasuk lagi sehingga boleh mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal seperti ini.

Nota kepada BERSIH dan SPR:

Saya nampak ada orang menyalahgunakan kuasa, maklumat dan aset kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian bagi kepentingan kempen politik partinya untuk PRK Cameron Highlands.

Laman FB Kementerian Kewangan juga disalah guna untuk kempen politk parti DAP:

BERSIH dan SPR ada nampak, tak?

Menteri yang jaga Najib itu (MenHEN) ada nampak, tak?

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker