“Dirasuk Setan”: Senang Betul Hidup Dalam Dunia Sekarang Ya?

Walaupun tiada siapa percaya Datuk Seri Najib Tun Razak akan benar-benar “dikasari” seperti mana dalam kenyataan seorang individu sebelum ini, tapi ramai dikalangan netizen berpendapat satu laporan polis perlu dibuat oleh beliau untuk memastikan insiden seperti ini tidak lagi berulang.

Dalam masa yang sama, melindungi keselamatan beliau juga.

Apatah lagi selepas difahamkan alasan kenapa kenyataan berbaur ugutan tersebut dibuat adalah kerana “dirasuk setan”, lagilah perlu laporan dibuat.

Soal pelaku tu dah minta maaf dan sebagainya, itu soal lain, ini soal nak memastikan tidak ada sesiapa di masa depan bercakap tanpa menggunakan otak.  Nanti senang betul sesiapa pun boleh buat ugutan dan sebagainya, selepas itu memberikan alasan berbunyi mistik seperti ini di masa depan.

Asal buat salah kata kena rasuk setan, asal buat jenayah kata kena rasuk setan, oh, senang betul hidup ya?

Laporan itu nanti bukan untuk melindungi Najib saja tapi seluruh rakyat Malaysia juga.  Mungkin dah ada penjenayah di luar sana yang mula memikirkan alasan dirasuk setan ini jika tertangkap melakukan jenayah mereka – kalau kenyataan yang semacam itu tidak dilaporkan

Mana kita nak tahu kan?

Sebab itu Najib – mantan Perdana Menteri yang popularitinya mula meningkat secara mendadak sekarang, perlu memulakan tindakan.  Lagipun belum ada sesiapa di negara ini yang mengalami situasi yang seperti itu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker