#PrkP078CH : Perkampungan Sungai Ruil projek istimewa

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan projek pembangunan semula perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil di sini yang menelan kos RM44 juta sebagai istimewa untuk penduduk di kampung tersebut.

Menurutnya, beliau yang meluluskan peruntukan projek perumahan tersebut untuk dibangunkan semula selepas tragedi tanah runtuh yang mengorbankan tujuh penduduk kampung tersebut pada tahun 2011.

Menurutnya, beliau juga yang melancarkan projek tersebut dan hari ini merupakan kunjungan keduanya di kampung tersebut untuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

“Ini merupakan satu projek yang sangat istimewa untuk masyarakat Orang Asli bukan sahaja kosnya besar RM44 juta, tapi setiap unit diberikan secara percuma malah tanah dikurniakan oleh kerajaan negeri secara percuma.

“Ini kali kedua saya datang selepas saya melancarkan projek ini dan saya yang meluluskan peruntukkannya. Kini nilai satu unit rumah di sini RM400,000,” katanya selepas melawat perkampungan tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan calon BN untuk PRK Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker