Kenapa Nak Percaya Janji Puak Ni Lagi?

Share

Dapat khabar dari jentera BN yang bertugas dalam kempen di PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung, pihak lawan sudah menabur beberapa janji (selain dakwaan tabur “benda-benda” lain) untuk pengundi di kawasan parlimen tersebut.

Maka itu, hari ini bukan nak cakap pasal apa yang dijanjikan itu tapi lebih kepada keberanian mereka menabur janji bila mana janji manifesto (terutama yang 100 hari pertama) pun masih banyak tak tertunai lagi.

Tebal betul kulit muka mereka, kagum kita dibuatnya. Kalau lepas ni tak boleh tunai, apa lagi alasan? Tak tahu kedudukan kewangan, janji bukan kitab suci, ke macam mana?


Sudahlah tu, difahamkan, antara janji-janji itu turut melibatkan soal tanah yang berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri, apa nak kelentong lagi kah?

Kalau perkara ini benar-benar berlaku (tabur janji baru bila janji lama pun tak terbuat), pesan kita hendaknya, cukup-cukuplah menipu.

Pengundi Cameron Highland pulak janganlah terus terpedaya dengan janji-janji manis itu semua. Inilah masanya nak menunjukkan kuasa rakyat yang dikatakan itu macam mana.


Mewakili seluruh rakyat Malaysia yang rasa terpedaya, dari pemandu teksi (Grab), peminjam PTPTN (tak jadi Tangguh), pengisi minyak kereta (RM 1.50/liter), pembayar tol (sepatutnya percuma) dan lain-lain kelompok masyarakat, petunjuk yang betul hendaklah dihantar dalam PRK kali ini sebagai bukti rakyat tidak boleh diperkotak katikkan berulang kali.

Nak letak maruah mana dengan masyarakat antarabangsa yang sering memerhati?

Leave a Reply