Apa misi, wawasan awak dalam sukan Syed Saddiq – Irfan

Pemenang pingat emas Sukan SEA ke-29, Muhammad Irfan Shamshuddin mempersoalkan misi dan wawasan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Muhammad Irfan yang merupakan atlet acara lempar cakera melontarkan soalan tersebut dalam satu hantaran di Facebook beliau.
Menurut Muhammad Irfan, beliau ketika ini tanpa jurulatih dan pergi ke pusat latihan tanpa sebarang peruntukan.
“Saya ingin bertanya Syed Saddiq, mula-mula anda bubarkan Podium. Kemudian kontrak jurulatih saya ditamatkan serta merta selepas saya pecahkan rekod kebangsaan 12 kali, tiga kali menang pingat emas Sukan SEA dan pingat perak Kejuaraan Asian yang dicapai bersama dengan jurulatih saya selama enam tahun dan elaun dipotong separuh.
“Boleh saya bertanya kepada YB, anda suruh atlet mencapai kejayaan, tapi anda tamatkan kontrak jurulatih saya dan saya ketika ini membayar sendiri jurulatih baharu. Sekarang anda beritahu saya, saya tiada jurulatih dan rancangan latihan luar negara juga tidak diluluskan. Adakah ini yang YB maksudkan dengan #youthpower (#kuasabelia),” kata Muhammad Irfan.
Utusan
Kerana pencemaran masa depan anak saya samar, kata ibu Irfan Wafiy