Ini Akal Nak Salahkan Pihak Yang “Lantik” Ke?

Semua orang tahu pakatan ni ada 4 parti di dalamnya.  Dari kalangan 4 ini, PKR parti yang menang dengan kerusi terbanyak, malah kalau nak dihujahkan secara teknikalnya dalam PRU14, kerusi PKR semua tu sebab pakai lambang mereka.

Tapi anehnya, baru-baru ini ada kenyataan dimana parti yang kurang beberapa kerusi dari PKR pulak yang dapat kredit dalam soal lantik Perdana Menteri.

Apa hal?

Berdasarkan perhatian di media sosial, ada banyak pandangan dari kenyataan tersebut.  Ada yang kata kenyataan itu bukan nak menafikan PKR tapi lebih berkisar tentang pilihanraya kecil tidak lama lagi dimana calon parti yang kena petik itu bertanding, ada yang kata kalau campur kerusi PAN, memang mereka (bukan PKR) yang pegang kerusi terbanyak dan macam-macam yang lain.

Ini pandangan orang di media sosial yang kita cakapkan.  Justeru jangan tanyalah kenapa PAN pulak yang terbabit ya, tanyalah yang bagi pandangan.

Begitupun dalam banyak-banyak pandangan tu, ada satu yang menarik dimana disebutkan bahawa parti yang kena puji tu mungkin sukalah jasa mereka kena petik (sekalipun bukan pemegang kerusi terbanyak) dalam hal itu, tapi dalam masa yang sama, tak sedar sudah ada beban baru di bahu mereka kalau ada apa-apa yang tak betul dibuat oleh orang yang mereka bantu untuk“lantik”.

Menarik, sebab bila difikirkan balik, macam ada betulnya juga.  Kalau kita tengok sejarah, antara sebab kenapa carpet bombing ke atas orang awam Jerman diwajarkan dalam perang dunia ke-2 dulu kerana mereka dianggap menyokong Adolf Hitler dan segala kekejaman yang dilakukannya.

Dalam erti kata Hitler salah, yang sokong dia pun sama salah.  Ini contoh.

Jadi jangan terperanjat kalau ada kenyataan selepas ni kalau berlaku apa-apa yang negatif dari keputusan yang mereka buat, mahu keluar kenyataan “bukan saya yang nak, depa yang suruh” – depa tu rujuk kepada siapa yang lantik lah.

Politik Malaysia ni faham sajalah, banyak benda bukan seperti apa yang kita nampak, sepertinya kenyataan“read between the line” semua ni

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker