Chong Wei putus asa dengan badminton Malaysia

Chong Wei putus asa dengan badminton Malaysia

Datuk Lee Chong Wei mengakui ‘semakin berputus asa’ dengan badminton Malayia dan menegaskan perubahan drastik perlu dilakukan bagi menyelamatkan sukan itu di negara ini.

Legenda badminton negara itu menyuarakan perkara berkenaan selepas menyaksikan Malaysia tewas 0-3 di tangan China pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Ahad lalu.

China membuktikan status sebagai gergasi dunia biarpun hanya menurunkan pasukan kedua pada kejohanan kali ini.

Gelaran juara bagi saingan wanita dirangkul India manakala Malaysia tersingkir di peringkat suku akhir.

Kejohanan BATC kali ini turut menawarkan mata ranking ke Sukan Olimpik Paris 2024 selain empat pasukan terbaik layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China, April depan.

“Saya tahu perkara yang sebenarnya menyakitkan, tetapi saya fikir badminton Malaysia akan terus merosot jika tiada sebarang tindakan dilakukan,” kata Chong Wei yang dipetik daripada akhbar The Star.

“Sekarang ini, saya rasa seperti mahu berputus asa dengan badminton Malaysia,” tambahnya yang bersara pada 2019 dengan pencapaian terbaik memenangi tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kali muncul naib juara dunia.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata badan induk badminton di Malaysia perlu menggiatkan lagi usaha bagi memberi pendedahan kepada pemain muda sambil mendakwa pemain sekarang tidak mempunyai disiplin dan komitmen tinggi.

“Kita perlu membuat perubahan drastik. Jika tidak, kita akan ketinggalan jauh dan badminton tidak lagi menjadi sukan utama di negara ini. Saya tidak sanggup untuk menghadapinya,” katanya. BH

Chong Wei putus asa dengan badminton Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker