90 peratus Orang Asli saudara saya

Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor mengakui beliau mengharapkan undi daripada masyarakat Orang Asli yang disifatkan sebagai saudaranya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Ramli yang merupakan anak tempatan dan berketurunan Orang Asli berkata,
sebahagian besar Orang Asli di sini sudah mengenali beliau dan berharap
mereka akan mengundinya pada 26 Januari ini.

Menurutnya, selain jentera kempen BN yang akan bekerja keras, beliau
yakin sebagai calon daripada keturunan Orang Asli, ini memberikan kelebihan kepadanya.

“Masyarakat Orang Asli dari Pos Betau (Sungai Koyan) hingga ke Kampung
Raja di sini 90 peratus adalah saudara saya. InsyaAllah,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program walk about di Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Tanah Rata dan menemui peniaga di Pasar Tani Tanah Rata di sini hari ini.

Masyarakat Orang Asli mewakili 22 peratus daripada seramai 32,048 pengundi keseluruhan di Parlimen Cameron Highlands manakala pengundi Melayu 34 peratus, Cina 30 peratus dan India 14 peratus.

Ramli berkata, beliau mahu menjadi Ahli Parlimen pertama dalam sejarah daripada keturunan Orang Asli.

Menurutnya, beliau mahu suara masyarakat Orang Asli di negara ini kedengaran di Parlimen.

“Dalam sejarah Malaysia, ada tak wakil rakyat Orang Asli di Parlimen?
Tidak ada, jadi biar sejarah pertama kali di Malaysia seorang wakil
rakyat yang dilantik oleh rakyat bersuara untuk rakyat di Parlimen kerana
selama ini pun yang ada di Dewan Negara dilantik.

“Saya hanya mengharapkan masyarakat Oran Asli mengundi saya. Saya tak
boleh komen lagi bagaimana sambutan pengundi di sini memasuki hari kedua
berkempen, saya menyerahkan kepada mereka untuk menilai,” katanya. –
UTUSAN ONLINE

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker