Datuk Sri, Rakyat “Suka” Bila Caj Air Nak Naik

Berlawanan dengan tanggapan sesetengah orang bahawa kekalahan BN dalam PRU14 hari itu adalah kerana isu berkaitan SatuMDB, hakikat sebenarnya, ia adalah lebih kepada penipuan konon kalau pihak satu lagi dipilih, rakyat akan ada duit lebih kerana banyak perkara menyangkut kehidupan mereka akan turun, hapus. tangguh dan yang semacam itu.

Paling koman, tak berubah.Itu yang selepas 9 Mei, ramai teruja, lebih-lebih lagi bila diumumkan minyak tidak naik (tapi tak juga turun – masa itulah). Sesetengah dari kita ni macam itulah – mudah kena gula-gula dengan fakta palsu, kalau tidak, taklah skim cepat kaya masih dapat sambutan walaupun beratus kes kena tipu didedahkan saban tahun.

Tapi setelah beberapa lama, bila tengok bukan makin banyak pulak benda yang turun sebaliknya lebih banyak benda yang naik, tanggapan dah mula berubah, keterujaan dah mula sirna.

Lepas tarif elektrik, gas (caj penghantaran), harga telur dikatakan naik, dah sekarang tarif air pun nak naik (sekadar menyebut beberapa), ramai mula buka mata . Logik rakyat mudah saja, bajet naik (walaupun dakwa takde duit) tapi kenapa banyak perkara tidak turun?

Justeru bila Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut hal ini di dalam akaun FB beliau kelmarin, sambutan bukan main lagi. Banyak komen menyetujui dan tidak kurang yang cuba mengalih ke isu yang lain, tapi tak mengubah hakikat rakyat dah mula buka mata.

Baru ambil dari satu sumber itu saja, belum cerita medium yang lebih besar penggunaannya seperti kumpulan Whatsapp. Baca yang ini, lagi terduduk puak-puak tu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker