Unjuran dan penarafan ekonomi Malaysia semakin menurun – Najib

Share

Agak merisaukan sebenarnya bila saya membaca setiap hari ada agensi dan bank luar negara menurunkan penarafan dan unjuran ekonomi kita.

Minggu lepas, Guan Eng marah apabila media utama Jepun, Nikkei mengeluarkan laporan yang sangat negatif tentang eknomi kita.

Guan Eng mengeluarkan kenyataan hari itu dan menuduh bahawa laporan Nikkei tidak tepat dan tidak memberi gambaran yang betul.

Hari Isnin, syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s memberi amaran bahawa Sovereign Credit Rating (SCR) negara akan diturunkan taraf jika hutang dan defisit negara terus meningkat.

Agensi kerajaan RAM juga melaporkan bahawa keyakinan perniagaan tentang ekonomi kita bagi separuh tahun pertama tahun ini telah jatuh ke tahap paling rendah di dalam sejarah.

Semalam, Bank DBS dari Singapura juga menurunkan penarafan untuk Bursa Saham kita akibat dari ekonomi negara semakin lembab.

Pagi ini pula, institusi kewangan utama Jepun, Nomura menurunkan penarafan untuk saham Malaysia dan memberi amaran yang sama bahawa penarafan kredit negara bakal diturunkan juga.

Ini kerana hutang negara semakin bertambah akibat defisit kerajaan yang semakin naik bagi tahun 2018 dan 2019 berbanding defisit negara yang semakin menurun tiap-tiap tahun di bawah kerajaan BN.

Kalau defisit lebih tinggi, maka hutang negara naik dengan lebih cepat. Di bawah kerajaan PH, defisit negara jauh lebih tinggi berbanding kerajaan BN.

Nomura juga berpendapat bahawa kerajaan PH tidak membuat sebarang reformasi sejak menang untuk merangsangkan ekonomi.

Untuk makluman anda, BN tidak membayar sebarang dedak kepada Nikkei, DBS bank ataupun Nomura.

Guan Eng perlu mengaku bahawa ekonomi Malaysia sudah merosot dengan begitu ketara dan pantas selepas kerajaan PH menang pada PRU14.

Tetapi apa dia buat?

Kalau dia bukan sibuk jaja cerita dongeng hutang RM1 trilion dia atau membuat pusingan U, dia sibuk mencari gaduh.

Semalam, dia layan tuduhan WSJ tentang negara China.

Hari ini, dia gaduh dengan Sarawak dan MCA.

Malaysia kini benar-benar perlu diselamatkan.

Yang naik selepas PRU14 ialah harga barangan, tarif elektrik, gas dan air.

Yang turun: Najib, hujan, penarafan dan unjuran ekonomi negara kita.

Najib Razak

One thought on “Unjuran dan penarafan ekonomi Malaysia semakin menurun – Najib

  • January 11, 2019 at 11:12 am
    Permalink

    Bila ahli politik dan pakar ekonomi sebenar & berpengalaman memberi komen.

    Walaupun berstatus pembangkang. Walaupun kes pertuduhan terhadap beliau belum selesai. Walaupun akan ada lagi pertuduhan yang akan dihadapkan kemahkamah. Walaupun bukan semua orang,kawan atau lawan hormat & suka beliau.

    Sehingga kini semua komen balas berdasarkan fakta dan bukan cedokkan hearsay.
    Keep fighting Najib..Tiada siapa yang maksum. Anda masih relevan & benar sehinggalah pada suatu hari nanti anda benar2 didapati bersalah. Sehingga itu masih ada berjuta2 lagi umat Malaysia yang menyokong dan mendoakan anda.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *