PRK CAMERON HIGHLANDS – SELEPAS CALON DAP HINA ORANG ASLI DAN MELAYU KINI PAKATAN HARAPAN UGUT TOK BATIN PULA

Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu, Kini Taktik Ugut Digunakan PH.

Calon DAP M.Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai ‘Kuih’ yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Batin agar memberikan undi kepada PH pada 26 Januari ini.

Pautan – https://lm.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F459807&h=AT3MQ5OkbWtl3OEVf06nC83qFp0OJXGgmv5Nh9kwCXykIqXB8XdPzocn0Nl0eWNdQp0z531Ji1XYj8yiM52HyzJ-1XK8Up0cc_WdVgjQ-5aayelEi3uurXnodtB4eHVI_DM&s=1

Senator Bob Manolan Mohd telah mengeluarkan kenyataan Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan teragak-agak memotong elaun Tok Batin seluruh Parlimen Cameron Highlands sekiranya kaum Pribumi tidak memberikan undi kepada calon DAP.

Adakah ini satu lagi PENGHINAAN TERHADAP KAUM ORANG ASLI apabila calon BN dipilih dari kalangan Suku Semai? Tidakkah ini melanggar akta SPR kerana unsur ugutan digunakan terhadap pengundi? Inikah ketelusan PH yang dilaungkan dan mereka mendakwa tidak akan menggunakan apa juga bentuk penindasan terhadap pengundi? Dimanakah BERSIH yang telah berdemonstrasi di jalanan apabila sesuatu yang menjengkelkan melibatkan PH?

Sewajarnya ugutan ini dilihat sebagai satu unsur SALAHGUNA KUASA oleh Pakatan Harapan dalam PRK CH. Apakah respon Suruhanjaya Pilihanraya terhadap isu ini? Perlu diingatkan undi dari Orang Asli dikatakan akan menjadi penentu kalah menang PH dan mereka menekan Tok Batin dengan menggunakan pelbagai helah. Ini sesuatu yang tidak pernah terjadi semasa Barisan Nasional memerintah dan sudah nampak PH kini menjadi KERAJAAN ‘KUKU BESI’ dan kelihatan sudah membentuk REGIM ‘Pol Pot’ era baru!

Sumber : https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-selepas-calon-dap.html

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker