Maszlee patut tambah IPTA di Malaysia terlebih dahulu – Najib

Alhamdulillah, Maszlee dah balik kerja. Dia tak tahu betapa ramai merinduinya.

Maklumlah ada persaingan dari Khalid Samad hiburkan kita.

Jepun dah, Indonesia dah, lepas ini YB ada cadangan nak bersiar-siar ke mana lagi?

Saya berharap Maszlee ada perancangan juga untuk fokus kepada sektor pendidikan Malaysia.

Kalau ada masa, perkasakan kualiti pendidikan Malaysia seperti BN buat dulu dan tambah lagi IPTA di sini.

Selama ini kerajaan BN banyak menggalakkan IPTA kita menjalinkan hubungan kerjasama dengan institusi tersohor di dunia bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran graduan kita.

IPTS kita juga mengambil peluang hubungan diplomasi baik kita dengan negara lain untuk meluaskan perkhidmatan mereka, sekaligus menambah pendapatan kepada syarikat dan negara Malaysia.

Kalau ada masa. Kalau tak ada, tidak mengapalah. Teruskan usaha YB.

NAJIB RAZAK

Related Articles

One Comment

  1. Secara peribadi saya berpendapat, ‘lawatan kerja’ beliau ke Indonesia ini memang semata-mata ‘lawatan kerja’ yang memberi banyak ‘manfaat’ kepada institusi pendidikan dan juga pelaburan berkaitan pendidikan.

    Bila dah naik kapal terbang nak balik Malaysia..barulah masa tu nak cari idea, apa nak cakap kalau ada yang bertanya ”apa hasil@keuntungan yang awak dapat daripada lawatan kerja awak tu Dr. Mazlee?”. – Time tu la idea meracau macam tu keluar he3..janji boleh jawab..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker