Batal Naik Sewa: Siapa Kata Najib Tak Relevan?

Difahamkan cubaan menaikkan sewa rumah kakitangan awam di Putrajaya telah dibatalkan.  Ada media yang tidak pro pembangkang, mengaitkan keputusan tersebut dengan teguran yang dibuat Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menjadi viral di media sosial semalam.

Tak payah depa sebut pun kita tahu kerana tak lama saja lepas Najib bercakap tentang hal itu, keputusan pun dibuat untuk tidak menaikkan sewa tersebut.  Siapa uneducated saja yang kata ianya kebetulan.

Bagaimanapun, ini hanyalah satu kes sahaja, hakikat yang lebih besar, banyak dari program kebajikan rakyat yang ada sekarang, adalah legasi peninggalan Najib. Sama ada ditukar nama atau ditukar “hari umum”nya saja, macam dalam kes penentuan harga minyak secara mingguan.

Ini semua menunjukkan Najib sebenarnya masih lagi relevan.  Bertentangan pulak dengan kenyataan seorang pemimpin kanan DAP tak lama dulu bahawa Najib sudah tidak lagi relevan.

Tak relevan macam mana kalau setiap teguran dan legasi Najib masih diambil kira atau diamalkan.  Seolah-olahnya regim yang dok ada sekarang tidak tahu bagaimana nak buat baik kepada rakyat, nak kena ikut cara Najib juga.

Itu yang banyak janji tak tunai tu agaknya sebab main sebut saja untuk dapatkan undi, sedangkan dari segi kewangannya, tidak praktikal sama sekali.

Najib juga yang betul.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker