Pemuda UMNO mahu tindakan tegas terhadap Eric Liew yang menghina Agong.

Tindakan tegas terhadap Eric Liew hina Agong

Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar bertindak tegas kepada pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew yang secara jelas menghina Sultan Muhammad V.

Komen yang dibuat Eric Liew di dalam Facebook terhadap Sultan Muhammad V berikutan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bersifat menghina dan jahat.

Ketua pergerakan itu, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jika di negara lain warganegara yang melemparkan komen menghina seperti yang dilakukan oleh Eric Liew akan menerima tindakan undang-undang.

“Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar pihak Polis DiRaja Malaysia agar segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang bernama Eric Liew yang secara jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V dalam ruangan komen di FB dengan mengaitkan perletakan jawatan Baginda dengan dakwaan Tuanku sibuk berzina.

“Ini suatu penghinaan dan fitnah jahat yang melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sultan. Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras,” kata Dr. Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan hari ini.

Serentak itu, Dr. Asyraf Wajdi memohon semua pihak membuat laporan polis agar Eric Liew segera diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Komen individu yang menggunakan nama Eric Liew itu dibuat dalam satu hantaran di Facebook di berbunyi ‘Too busy fornicating with his new bride’ (Terlalu sibuk berzina dengan isteri baharunya).

Komen yang disifatkan sebagai menghina itu kemudiannya tular di media sosial dan mendapat kritikan hebat daripada warganet. -UTUSAN ONLINE

Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker