Naik Sewa Cara Baru Tangani Kos Sara Hidup Kakitangan Awam Agaknya

Sana sini di media sosial hari ini bercakap tentang sewa rumah kakitangan awam di Putrajaya yang dinaikkan sekali ganda, selain perletakan jawatan yang tak pernah berlaku dalam sejarah negara, tapi berlaku sekarang.

Rasanya soal itu kita tunggu dululah, nak ulas pasal kenaikan sewa ini dulu sebab ia memberi impak kepada ramai orang.

Kita harus bersangka baik bahawasanya, menaikkan sewa ini adalah antara cara regim sedia ada nak menangani kos sara hidup.  Sangka baik, mana boleh tulis sangka buruk sekarang – kebebasan media sangatlah kan.

Sepertinya, ada komen di media sosial oleh penyokong regim yang meminta semua kakitangan awam terlibat tidak merungut kerana masih berpeluang bekerja dengan kerajaan dan kenaikan sewa rumah ini adalah pengorbanan kecil berbanding manfaat yang lebih besar, kata mereka.

Gelak sajalah baca.

Tapi, cuba bayangkan kalau yang buat keputusan ini adalah kerajaan BN, dah bergegak gempita macam nak runtuh langit dengan laungan-laungan mengutuk dan mengeji dari orang sama yang bercakap macam di atas.

Segala macam kutukan kejian dan makian akan dilemparkan terutama kepada Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau masih Perdana Menteri.  Tapi sebab ini keputusan yang puak tu buat, maka semua kena terima pulak, macam celaka saja bunyinya kan?

Apa pun, macam yang disebutkan di atas, bersangka baiklah.  Adalah ‘rahmat’ dari semua yang berlaku tu.

Related Articles

One Comment

  1. Kalau Najib buat dah tentu mereka ni kata Najib songlap duit nak beli bag Berkin Rosmah.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker