Minyak: “Kali Ini Takde Tiru, Najib Umum Rabu, Depa Jumaat”…

Share

Bodoh penyokong Pakatan terserlah dengan turun naik harga minyak secara mingguan yang dilaksanakan regim sekarang.Dari pemerhatian di media sosial, ramai dikalangan uneducated ini memuji regim kerana menurunkan harga minyak, konon itu adalah tanda prihatin kepada rakyat.

Apakah kelakarnya tu, selain ini harga ikut pasaran semasa, benda ini pernah dilaksanakan kerajaan BN dulu dan mereka hanya meniru.

Cuma yang berbeza, dulu umum hari Rabu, kuatkuasa hari Khamis, sekarang umum Jumaat, kuatkuasa hari Sabtu.  Bezanya tang situ saja.  Selain masa itu, 7 juta orang dapat BR1M berbanding sekarang hanya sekitar 4.1 juta dan nak dihapuskan pulak secara beransur-ansur.

Mereka cuba meniru apa yang dilakukan penyokong BN dulu bila harga minyak diumumkan turun  oleh kerajaan.  Tak sedar bukan turun naik secara mingguan ini yang ditunggukan orang tapi penetapan harga minyak sebanyak RM 1.50/liter seperti yang banyak dimainkan malam sebelum pilihanraya PRU14 yang lepas.

Itu satu hal, satu hal yang lain, tak pasti bagaimana nanti tentang cerita subsidi 30 sen/liter yang dijanjikan kepada golongan berpendapatan rendah, kereta dan motor bawah CC sekian-sekian yang diumumkan sebelum ini.  Adakah masih akan berjalan atau macam mana, entah?

Apa pun, nanti tunggu bila harga naik pulak, nak tengok macam mana depa menyalak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *