Jumlah subsidi kepada pengusaha stesyen minyak lebih tinggi dari bantuan kepada orang miskin – Najib

Unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion liter

Bermula hari ini, kerajaan PH telah naikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23% bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43% iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

Oleh itu, harga RON95 yang diumum sepatutnya RM1.90 satu liter. Tetapi kerana margin keuntungan telah ditambah semalam, harga menjadi RM1.93.

Ekoran kenaikan, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta (30 bilion liter x 0.03 sen) setahun.

Kerajaan PH juga berjanji akan menetapkan harga siling untuk RON95 pada tahap RM2.20 satu liter dan berjanji akan memberi subsidi jika harga diapung melebihi harga siling ini.

Jika janji harga siling ini benar-benar ditepati (takut U-turn lagi atau manifesto bukan kitab), ini bermaksud PH akan memberi subsidi kepada stesen minyak apabila harga minyak melebihi RM2.20 satu liter.

Bergantung kepada harga minyak semasa, beban tambahan RM900 juta ini akan ditanggung, samada oleh rakyat melalui harga petrol lebih mahal atau oleh kerajaan dalam bentuk subsidi.

Di dalam ‘worst case scenario’ di mana harga minyak melebihi RM2.20 satu liter untuk seluruh tempoh satu tahun, keseluruhan RM900 juta ini akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui subsidi.

Adakah kerajaan PH sedar mengenai kemungkinan ini?

Jumlah subsidi RM900 juta satu tahun untuk stesen minyak ini jauh lebih tinggi berbanding jumlah dibayar oleh kerajaan PH untuk bantuan musim tengkujuh pekebun kecil (RM165 juta), bantuan awal persekolahan (RM328 juta) dan bantuan kewangan khas FELDA (RM77 juta) yang diumumkan bulan lepas.

Adakah PH pernah mempertimbangkan cara lain untuk membantu pengusaha stesen minyak menanangi kos operasi seperti memberi pinjaman mudah untuk menambah hasil jualan dengan mempelbagaikan jenis barang dan perkhidmatan yang boleh dijual di stesen minyak mereka?

Ataupun dengan membantu pengusaha stesen minyak berunding dengan syarikat minyak supaya mereka tidak akan mengalami kerugian akibat dari perubahan harga minyak mingguan?

Mungkin kerajaan boleh membayar ganti-rugi kepada stesen-stesen minyak yang mengadu akan mengalami kerugian sehingga RM40 juta akibat penurunan harga petrol hari ini memandangkan kerajaan PH telah mengutip beratus juta Ringgit dalam cukai minyak tersembunyi bulan lepas?

Langkah kerajaan PH mengapungkan semula harga petrol RON95 setiap minggu bukan perkara baru dan pernah diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Pada masa itu, kerajaan BN tidak menaikkan margin keuntungan untuk pengusaha stesen petrol.

Niat untuk membantu pengusaha stesen minyak memang wajar tetapi langkah ini juga membebankan pengguna dan rakyat yang lebih memerlukan kerana sudah tentu bantuan kepada golongan ini akan dikurangkan apabila kerajaan perlu memberi subsidi kepada pengusaha stesen minyak.

Adakah kerajaan PH akan meluluskan kenaikan margin keuntungan yang bebankan rakyat setiap kali ada golongan berkepentingan datang mengadu ataupun hanya untuk syarikat minyak sahaja?

Tentu ada cara penyelesaian yang lain.

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Lim Guan Eng tak boleh fikir jaedsh yg baik….. matematiknya hanya 1mdb… gst…. sst.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker