Teresa Kok tolonglah jadi menteri yang cerdik sikit.

Pagi tadi, Menteri Industri Utama Teresa Kok melalui satu sidang akhbar mendakwa kerajaan BN sebelum ini telah memaksa Lembaga Getah Malaysia (MRB) menjual 2,800 ekar tanahnya pada harga di bawah pasaran sebanyak hanya RM1.5 bilion pada 2010 kepada syarikat Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) melalui jualan secara langsung.

Dia juga mendedahkan bahawa selepas itu, tanah 2,800 ekar tersebut dijual dua tahun kemudian oleh ATNB kepada syarikat Kwasa Land pada tahun 2012 dengan harga RM2.28 bilion tanpa tender.

Ini bermakna harga jualan kepada Kwasa Land bersamaan dengan harga RM18.70 setiap kaki persegi – satu harga yang analisa-analisa pada masa itu berpendapat ialah satu harga yang munasabah dan mengikut harga pasaran.

MRB ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia.



ATNB juga ialah agensi milik penuh kerajaan Malaysia.

Syarikat Kwasa Land pula ialah syarikat MILIK PENUH KWSP dan telah mula memajukan tanah itu untuk membina pusat bandar baru termasuk kediaman untuk 150,000 orang dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM50 bilion.

Tentu ramai kenal bandar baru yang bernama Kwasa Damansara ini. Ada juga stesen MRT di sana sekarang.

Pembangunan Kwasa Damansara di kawasan Subang ini ialah antara langkah-langkah di dalam Perancangan Strategik untuk Pembangunan Wilayah (Greater Kuala Lumpur Strategic Development Project) seperti diumum di dalam Rancangan Malaysia ke-10.



Ini bermakna Teresa Kok telah menuduh BN telah memaksa kerajaan untuk menjual tanah kerajaan kepada kerajaan dan selepas itu memberi peluang untuk KWSP mengaut keuntungan berpuluh-puluh bilion untuk pencarum mereka.

Amatlah kejinya kerajaan BN dahulu untuk menjaga kroni-kroni mereka, iaitu pencarum-pencarum KWSP.

Begitu kejamnya kerajaan BN dahulu untuk menjalankan projek pembangunan seperti diumum di dalam RMK-10 itu.

Adakah Teresa Kok tidak ada kerja lain seperti memelihara nasib pekebun ataupun menaikkan harga sawit dan menubuhkan kelab kelapa sawit?



Kalau macam ini, saya rasa mungkin lebih baik untuk beliau fokus kembali kepada rancangan payung pokok getah dan duta sawit dia.

Related Articles

3 Comments

  1. Idiot bitch! Quit if you still practicing baseless blame games… It’s already 9 months PH in power, yet PH still acting like schoolkids

  2. sebijik macam 1MDB. tanah kerajaan jual murah kat 1MDB lepas tu flip kat Tabung Haji. Lepas kecuh cuba jual lepas tu masuk balik MOF

    Yang 1MDB dapat duit atas angin dan tunjuk kat balance shit lepas tu jual bon lepas tu sedut oleh Cina kapir laknatullah dan bahagi pada kawan-kawan kapir laknatullah dan macai dia

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker