‘Persaingan Anwar, Dr M’ boleh bawa binasa

‘Persaingan Anwar, Dr M’ boleh bawa binasa – Pensyarah

Persaingan kepimpinan nasional pentadbiran Pakatan Harapan (PH), khususnya antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang disebut sebagai bakal penggantinya memberi kesan tidak stabil terhadap negara.

Hal ini dijelaskan Profesor Madya Sains Politik di John Cabot University di Itali, Bridget Welsh dalam ulasannya kepada Malaysiakini.

“Selain masalah ekonomi, tanggapan mengenai langkah kerjasama sehinggalah persaingan di kalangan elit politik, terutama antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim mengenai kepimpinan nasional menjejaskan kestabilan.

“(Keadaan) sebelum dan selepas pemilihan PKR yang menyaksikan pertarungan dan perebutan kedudukan yang remeh tidak menimbulkan keyakinan bahawa parti ini boleh mentadbir dengan berkesan dan melaksanakan pengundian yang menghormati proses yang adil.

“Tindakan Bersatu yang mengambil para pemimpin Umno yang tercemar juga menimbulkan keseimbangan hubungan yang sulit ini,” jelas beliau dalam tulisan berjudul Hopes and Heroes: Malaysia in 2018.

Belajar urus konflik

Welsh juga mengatakan para pemimpin PH perlu belajar menguruskan hal ehwal dalaman parti

“Para pemimpin Harapan tidak mengambil pengajaran bahawa konflik dalaman perlu disimpan di dalam parti… Kelihatan mereka memilih untuk menumpukan mengenai (persaingan) kedudukan antara satu sama lain, bukannya meletakkan kedudukannya (sebagai pemimpin) untuk rakyat.

Perebutan kuasa yang berterusan ini membinasakan kerana mereka telah kembali kepada taktik lama “pecah dan perintah” dan melalaikan pemimpin daripada melaksanakan amanah sebagaimana mandat undi yang diberikan kepada mereka, iaitu untuk mentadbir,” tulisnya.

Welsh berkata pentadbiran PH bukan sahaja berhadapan cabaran politik dalam negara tetapi juga keadaan dunia yang tidak menentu.

“Bukan sahaja kerajaan baru menghadapi cabaran politik domestik yang serius dan persepsi orang ramai yang (pentadbiran) ini tidak melaksanakan (janji)nya, tetapi Mahathir juga kembali berkuasa dalam keadaan global yang tidak menguntungkan, di mana ketidakpastian dan kelembapan ekonomi dunia boleh dikatakan paling serius dan meramalkan tahun hadapan yang sukar,” katanya yang juga penyelidik kanan di Center for East Asia Democratic Studies, National Taiwan University dan The Habibie Center, Indonesia.

Bagaimanapun, Welsh berkata pencapaian PH dalam masa kurang dari lapan bulan juga merupakan suatu “tindakan berani” dan mengembalikan “maruah Malaysia di pentas antarabangsa.”

“Pencapaian ini dalam masa kurang daripada lapan bulan tidak boleh dipandang ringan dan dari perspektif global memang suatu tindakan berani.

“Mereka memperkuat hakikat bahawa harapan dapat membuahkan hasil,” katanya.

Antaranya beliau menyebut pengukuhan semak dan imbang, parlimen yang lebih kuat, penggurangan kuasa perdana menteri, penguatkuasaan antirasuah, meningkatnya profesionalisme pelantikan penjawat awam seperti Suruhanjaya Pilihan Raya dan Pejabat Peguam Negara.

“Sekiranya Malaysia mengikuti jalan peningkatan hutang dan salah urus (pentadbiran terdhulu), kesan negatif akan menjadi jauh lebih besar kepada generasi akan datang,” katanya lagi.

MKini

Related Articles

One Comment

  1. Kenapa Mykmu quote kata2 ni. Banyak yang tidak adil malah menghentam kerajaan terdahulu. Dahlah dari Malaysia Kini, portal yang terkenal musuh serta jahat terhadap peribumi. Kalau nak ambil pendapat cendiakawan asing, saring dulu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker