Apa Dia “Objektif” Malaysia Baru Tu?

Kenyataan seorang pemimpin kanan DAP bahawa parti itu akan menarik diri dari Pakatan kalau objektif Malaysia baru tidak tercapai kelmarin – walaupun disifatkan beberapa pihak sebagai retorik politik, tapi dalam masa yang sama, tidak boleh diketepikan juga bahawa ia membawa maksud seolah-olah ada gelora politik yang cuba disembunyikan dari pandangan massa dalam Pakatan tersebut.

Cakap macam ini, maksudnya serius.  Implikasinya kenyataan ini besar walaupun hanya dibaca dari tajuk sebab, tanpa sokongan DAP,  ia bermaksud regim sedia ada boleh tumbang dan kemungkinan-kemungkinan lain yang boleh dikaitkan dengan itu.

Bukan banyak mana pun berlebih kerusi yang kita cakapkan sekarang ni kalau DAP tarik diri.

Dalam masa yang sama, kita tertanya-tanya, apakah “objektif” Malaysia baru yang dimaksudkan itu?  Adakah melaksanakan semua janji dalam manifesto?  Bukan itu rasanya sebab banyak sangat alasan diberikan gomen sekarang kenapa ia tidak boleh ditunaikan.

Lagipun janji itu semua hanya naik taraf/tukar nama dari benda sedia ada yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.  Contoh, hutang PTPTN dari bayar kepada tangguh, gaji minimum dari RM 1,000 kepada RM 1,500, tol dari bayar kepada tak bayar, GST (6%) kepada SST (6%-10%) dan sebagainya

Semua ini (kecuali GST kepada SST) bagaimanapun – setakat ini, hanya tinggal janji saja.  Tapi isunya disini, takkan ini yang dikatakan objektif Malaysia Baru?  Mungkin tidak.

Justeru, apakah dia yang dimaksudkan sebagai objektif Malaysia baru tu?

Hakikat bahawa kenyataan itu keluar dalam masa yang sama isu berkaitan IECRD sedang memuncak, tidak boleh diketepikan begitu saja – bercakap tentang teori-teori yang mungkin boleh dikaitkan dengannya.

Diakhirnya kita tertanya-tanya, adakah mengubah struktur sosial negara ini yang dimaksudkan sebagai objektif Malaysia baru tu?  Mana-mana pun, perkara ini akan mengambil sedikit masa untuk diulas sebab mahu menantikan lebih banyak kenyataan dari pihak-pihak terbabit.

Tapi dari satu sudut yang lain, kenyataan berkenaan, tanpa sedar sebenarnya telah menjelaskan banyak perkara terutama kenapa tidak seorang pun dari ahli parlimen yang melompat parti minggu lepas dan sebelum itu – kononnya hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi, tidak pun kembali setelah Zahid berundur.

Kata dah, bukan ada kaitan dengan Zahid pun.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker