“Harap Malaysia Baru, Dapat Malaysia Kena Tipu” – Sebuah Sketsa

Lama tak jumpa Wak Tumiran (bukan nama sebenar), 60-an.  Selalu kalau tak ke kebun sawitnya tu, dia akan melepak di kedai kopi Tobing sementara menunggu isterinya balik dari sekolah (kerja kantin).

Wak ialah orang kuat Pakatan.  3 dari 5 orang anaknya ialah peminjam PTPTN.  2 lagi dapat jadi doktor – cucuk sendiri, tak payah pinjam PTPTN pun.  Masa kempen hari tu, Wak dan anak-anaknya (yang 3 orang tu) berkempen secara percuma bagi parti pembangkang sebab harap PTPTN tak payah (tangguh) bayar kalau Najib tumbang.

Jadi boleh agak, yang jadi lama tak jumpa tu bukan sebab apa, saja mengelak sebab malas nak bertekak dengan orang tua.  Wak tahu saya kuat Barisan.

Hari ini pulak nak jadi terserempak,

“Oii Mat (juga bukan nama sebenar), lama tak nampak”, jerit Wak Tumiran, “Ada, tak ke mana”, jawab saya.  Dalam hati, celaka juga Wak Tumiran ni, bukan nak bagi salam, main ooi ooi saja sekarang.  Tak apalah, orang tua, dah buang tabiat agaknya, cetus hati saya.

“Kau baru ke lama”, tanya Wak Tumiran.  “Apa yang baru dan lama Wak?”, tanya saya semula.  “Malaysia Baru ke Malaysia Lama”, jawab Wak, tersengih-sengih.

“Ooohh, saya baru Wak, BARU BAYAR HUTANG PTPTN”, Jawab saya selamba.

Terus berubah putih (dari coklat) muka Wak.  Dihempasnya duit not RM 1 atas meja, “ooi Timah (Tauke Kedai), nah ambik duit ni”, jerit Wak.  Timah (lupa nak sebut, pun bukan nama sebenar) seraya berkata, “Wah Wak, makan nasik lemak, ayam kari dengan teh Tarik gelas besar, bayar RM 1 je?”

“Ah, kau ni Timah, sikit-sikit pun nak berkira, kau dengan Mat (eh, saya pula) ni pun sama juga 2×5.  Nanti aku dapat duit BR1M, aku bayarlah”, jawab Wak sebelum blah.

Dalam hati saya, kesian Wak, lama sangat duduk dalam kebun agaknya, tak tahu BR1M dah takde, dah tukar nama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *