“Azab Betul Belanja Nak Buka Sekolah Tahun Ini” – Rungut WargaNet

Pemerhatian di media sosial menyaksikan, ramai di kalangan ibu bapa berpendapatan rendah, merungut tentang perbelanjaan persekolahan tahun ini yang semakin meningkat.  Dahlah Bantuan Persekolahan 1Malaysia dah takde, harga peralatan untuk buka sekolah tahun ini pun semakin meningkat – kata sebahagian dari mereka.

Bantuan RM 100 untuk seorang anak (maksimum 4 orang) yang diumumkan dalam Bajet 2019, entah bila/macam mana pembahagiannya. Itu pun maksimum 4 anak saja. Terhad kepada penerima BSH – 4 juta orang (nama lama BR1M – 7 juta orang) pulak tu

Ini bukan soal berkira, ini soal membantu meringankan beban rakyat, yang jadi modal untuk tukar kerajaan dulu. Dulu pun (masa BN masih kerajaan), bila sebut jangan berkira (hal persediaan sekolah anak), kena hentam balik konon tak prihatin, nak sekarang, turn kau la pulak.

Paling menonjol ialah harga kasut sekolah.



Jenama yang entah apa-apa pun boleh mencecah sehingga RM 47 sepasang. Tak seperti baju yang cukup dibeli sepasang saja sebab sekolah hari ini banyak pakai T-Shirt/uniform (ni nak kena beli lain pulak) dalam seminggu, kasut memang kena beli minimum 2 pasang.

Kalau tak, cepat saja jahanam.

Apatah lagi bila dah diwajibkan untuk pelajar pakai kasut hitam, dah harga kasut hitam naik berbanding dengan kasut putih. Bukan sikit punya naik pulak tu, banyak. Patutnya diberilah pilihan, tidaklah peniaga ambil kesempatan.

Baru cerita kasut, benda kat kaki, belum cerita benda lain lagi. Buka sekolah esok dengan yuran PIBG dan sebagainya, semua nak bagi pening kepala mak bapak saja. Dahlah janji gaji minimum RM 1,500 hanya tinggal janji.



Cakap pakai kasut hitam, elok semua yang terlibat dalam buat keputusan macam ni, dibuang saja dari apa pun jawatan yang dia pegang sekarang, menyusahkan rakyat tak habis-habis.

Dahlah membayar tol tak “jadi sejarah” pun – merujuk kepada siapa yang terkena.

Related Articles

5 Comments

    1. Kalau dah janji, jangan tak tunai.
      Kalau tak reti memerintah, jangan cuba memerintah.
      Kalau dah bodoh, jangan berlagak pandai.

    2. Betul. Duit tak de, tapi kerja nak pancut dalam je. Konon rezeki, tapi anak2 tak cukup makan tak cukup pendidikan, jadi orang entah apa2 bila besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker