Delusi Mahathir

oleh Ab Jalil Backer

Tun Dr Mahathir menyatakan “Seseorang telah mengubah kurikulum sekolah dan sekarang sekolah kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama.

“Mereka semua hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari yang lain dan keputusannya lepasan pelajar tidak berapa pandai matapelajaran yang berguna untuk mendapatkan pekerjaan,”

Saya tidak nampak di mana kebenaran pandangan Tun Mahathir ini. Sama ada beliau mendapat maklumat yang salah atau beliau masih terperangkap dalam pergaduhan Mahathir-Anwar 20 tahun lalu.

Sesiapa mengikuti ucapan dan pandangan Tun Mahathir pasti sedar bahawa ini adalah pandangan yang sama beliau ucapkan berdekad lalu ketika menyindir Anwar Ibrahim.

Amat berbahaya kepada negara untuk terus membenarkan seseorang yang “delusional” menjadi pemimpin utama negara. Lebih merbahaya beliau dikelilingi oleh pentaksub-pentaksub yang cuba menjustifikasikan idea-idea mengarut beliau.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker