Lompat Parti Ni Lambang Kemajuan Agaknya Ya

Sedang rakyat negara kita rasa tertipu dengan tindakan melompat-lompat parti oleh wakil-wakil rakyat setelah menang pilihanraya atas sokongan dan perbelanjaan oleh parti asal, tak kita sedar perkara ini pun berlaku di negara-negara maju.

Lebih tepat lagi, Amerika Syarikat.

Semalam, dua State Senator (macam ADUN jugaklah ni) iaitu Sen. Dinah Sykes dan Sen. Stephanie Clayton dari negeri Kansas, keluar dari parti Republikan dan melompat ke parti Democrat – menyertai 2 rakan mereka yang membuat tindakan sama kelmarin.

Tak macam negara kita dimana wakil rakyat melompat dari parti yang tak dapat bentuk kerajaan kepada (salah satu) parti yang dapat bentuk kerajaan, apa yang berlaku di Amerika pulak kes terbalik – dari parti yang menang (Republikan) ke parti yang kalah (Democrat).

Begitupun mungkin ada sedikit persamaan kerana Gabenor Kansas yang bakal dilantik adalah dari parti Democrat sekalipun State Senate masih lagi dikuasai Republikan. Perkara ini menjadi sejarah sebab ia sangat jarang berlaku di negara tersebut dan “kebetulan” sama turut sedang menjadi barah di negara kita.

Apa pun, ini mencetuskan persoalan, adakah lompat melompat parti ini merupakan sebenarnya satu lambang kemajuan dan kerana itu ia menjadi ikutan termasuk di negara kita?

Sementara ramai orang di media sosial melihat melompat parti ini sebagai tindakan tak bermoral, malah ada yang menyifatkan sebagai manipulasi dalam sistem demokrasi – kata merekalah, tapi nampaknya ia turut berlaku di negara maju.

Majulah kot kita ni sebab bukan itu saja yang sama, ada lagi. Sepertinya regim Trump nak hapuskan food stamp untuk orang miskin di Amerika Syarikat – cadangan yang ditentang keras parti Democrat, regim kat sini pulak nak hapuskan BR1M (untuk orang miskin juga) secara beransur-ansur.

Related Articles

2 Comments

  1. Bila Hee Yit Fong lompat, Najib senyum je sebelah dia tanda sokong lompat ni

    UMNO bakal runtuh dan tutup kedai akibat lompat

    1. Sebelum tu bila Adun Bota lompat parti dari BN ke PKR semua dalam Pakatan Rakyat masa tu melompat2 memuji tindakan YB Bota itu dan kata BN di Perak akan runtuh.

      Dalam politik tidak ada lawan atau kawan yg pasti sebenarnya. Siapa yg berjaya menguasai persepsi akan menang. Lepas persepsi menang baru le kita akan nampak realiti sebenarnya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker