Apa jadi dengan siasatan duit GST RM 19b dirompak BN ?

Satu lagi pembohongan Guan Eng ialah kerajaan BN telah melanggar undang-undang kerana kutipan dari GST dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan bukan ke dalam akaun wang GST.

Akauntan Negara pada masa itu memberi pendapat bahawa ianya lebih baik dari segi kawalan aliran wang kerajaan bahawa wang dari kutipan GST dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Ini juga kaedah yang digunakan oleh kerajaan Singapura dan lain-lain kerajaan di dunia yang mengamalkan sistem GST.

Jika Guan Eng benar-benar membaca Akta GST, ini dibenarkan dan tidak melanggar apa-apa undang-undang negara.

Seperti hantaran saya semalam, Guan Eng juga berbohong bahawa kerajaan hanya ada RM450 juta dan tidak cukup wuntuk membayar balilk tuntutan bayaran balik input GST yang diluluskan,

Saya juga telah dedahkan pada awal bulan ini selepas Jabatan Audit Negara menerbitkan laporan mengenai isu wang GST ini setakat 5 Jun 2018, kebanyakkan wang input GST ini tidak perlu dibayar balik, belum disahkan untuk membayar balik atau ianya kesalahan kerajaan PH sendiri yang tidak membayar balik.

Boleh baca di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155745817795952

Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun. Ini bermakna bahawa jika wang input GST lambat dibayar balik, ia adalah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Oleh itu, walaupun Guan Eng secara terang menuduh kerajaan BN merompak RM19 bilion wang GST pada bulan August dan laporan polis serta siasatan PAC telah dijalankan, kita nampak secara jelas tuduhan yang amat berat berjumlah RM19 bilion yang dibuat inj seperti sudah tenggelam atau sengaja tidak dibangkitkan lagi.

Apabila ditanya di Dewan Rakyat, Guan Eng pernah menjawab bahawa semua tuntutan RM19.5 bilion ini telah disahkan untuk dibayar. Tetapi Laporan Audit Negara rasmi membuktikan jawapan Guan Eng ini ialah satu lagi pembohongan.

Guan Eng sudah dua kali mengelirukan Dewan Rakyat dan patut dihukum.

Laporan Audit Negara di bawah kerajaan PH jelas menunjukkan bahawa bahagian besar dari tuntutan wang input GST berjumlah RM19.5 bilion ini mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam.

Oleh itu, saya pelik mengapa Guan Eng sebagai seorang Menteri Kewangan, tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion tahun depan dengan alasan mahu membayar balik semua tuntutan-tuntutan berjumlah RM19.5 bilion ini.

Akibatnya, prospek penarafan kredit Petronas diturunkan menjadi negatif.

Mengapa perlu bayar balik wang input GST kepada ahli-ahli peniaga jika tuntutan mereka tidak sah? Pada masa yang sama, bantuan kepada rakyat yang memerlukan dipotong atau dimansuhkan.

Sehingga kini, Guan Eng juga tidak mampu menjawab persoalan ini semua.

Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. Kita tunggu ajelah tahap kesabaran penyokong pakatan yang selama ini menyebut “tak kesah” janji BN tumbang.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker