Unjuran ekonomi turun lagi.

Bank Dunia sekali lagi menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun ini.

Baru dua bulan dahulu, iaitu Oktober, Bank Dunia turunkan unjuran kita dari kadar 5.4% kepada 4.9%.

Hari ini, yang sudah menurun, diturunkan lagi kepada 4.7%.

Sebab yang diberi oleh Bank Dunia ialah pelaburan asing dan domestik kita ketika ini sudah lemah.



Bulan lepas, Guan Eng kata pelaburan asing sudah meningkat 360% selepas PRU14.

Tetapi, Bank Dunia kata pelaburan ke dalam ekonomi kita lemah.

Siapa yang betul ini?

Sebelum PRU14, Bank Dunia menaikkan unjuran untuk tahun ini sebanyak 3 kali dengan kali terakhir pada bulan April.



Kini asyik diturunkan.

Nilai saham-saham di Bursa Malaysia sudah hilang RM300 bilion sejak PRU14. Indeks jatuh 260 mata.

Tetapi apa yang kerajaan PH dan menteri-menteri buat ketika ini?

Sibuk membuat pusingan U di atas pusingan U.



Sibuk merebut kuasa sesama sendiri.

Sibuk jual aset-aset negara.

Siapa yang jaga ekonomi kita pada masa ini?

http://malaysiagazette.com/blog/2018/12/18/bank-dunia-sekali-lagi-turunkan-unjuran-kdnk-malaysia/



Najib Razak

Related Articles

One Comment

  1. tapi kan harga telur turun 2 sen hari tu kira tak adil & tak boleh badan penarafan antarabangsa seperti bank dunia anggap ianya bukan satu kejayaan besar kepada kerajaan ph yang asyik suka berkata mereka telah dapat mengurus ekonomi negara dengan lebih baik sejak 7 bulan yang lalu selepas menang PRU14

    kalau nak rakyat berhenti maki-hamun sampai berbakul, berpuluh bilion nilai pelaburan asing yang keluar tu boleh aje musibat anak haram guan eng beritahu pada rakyat sebab Najib & pembangkang telah menghasut serta menakut-nakutkan pelabur asing supaya membawa keluar pelaburan bernilai berpuluh bilion itu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker