Mungkinkah Zahid Sedikit Terkhilaf? Ramai Kata Ini (Keluar Parti) Bukan Berkenaan Beliau

Saya secara peribadi tidak ada masalah untuk menyokong keputusan Datuk Seri Zahid Hamidi mengundurkan diri dari jawatan Presiden UMNO seperti diumumkan semalam dan menyerahkan tugas-tugas berkenaan kepada Timbalan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Juga saya tidak mempertikaikan kelayakan Tok Mat untuk menjalankan tugas Presiden UMNO sehingga pemilihan baru, atau bagaimana ceritanya nanti ditentukan.

Cuma saya ingin melontarkan idea ini, mungkinkah Zahid sedikit terkhilaf apabila menganggap pengundurannya akan menghentikan tindakan melompat parti oleh ahli-ahli parlimen UMNO?

Sehingga artikel ini ditulis, saya tidak lagi mendengar mana-mana ahli parlimen yang menjadikan kelemahan Zahid sebagai alasan untuk melompat parti, kembali semula ke dalam parti – kalau betullah Zahid ini masalahnya.  Juga saya tidak mendengar sebarang jawapan kepada persoalan – kalau betul Zahid punca masalah, kenapa lompat ke dalam satu parti itu saja?

Jika keputusan ini tidak mengubah apa-apa, kenapa Zahid perlu mengundurkan diri?

Parti ini memerlukan orang yang dipilih sebagai Presiden untuk memimpin parti. Sementara kelayakan Tok Mat tidak menjadi masalah kepada kita, hakikat bahawa Zahid yang menang pertembungan 3 penjuru untuk jawatan Presiden UMNO Jun lepas, tidak boleh diketepikan begitu saja.

Dikatakan, antara masalah sebelum PRU14 dahulu ialah, kebanyakan pemimpin UMNO sebetulnya sudah tidak lagi mempunyai sokongan di akar umbi kerana pemilihan yang sepatutnya diadakan 3 tahun sekali, ditangguh beberapa kali sehingga Jun 2018.  Hari ini UMNO sudah mempunyai Presiden yang dipilih secara sah, kenapa nak berundur pulak?

Saya tidak pasti kalau perkara ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi. Tapi kalau ya, kita minta ditolak dan Zahid kembali semula memimpin.

Lainlah kalau ada cerita lain yang kita tidak tahu.

Related Articles

One Comment

  1. mp keluar umno sebab terdesak dgn bantuan dalang umno sendiri aka balaci ppbm..ds zahid hanya alasan yang dibuat..

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker