Yg Rajin Sangat Jumpa “Orang Kalah” Ni, Kenapa?

Minggu sudah, ada sikit hairan di hati saya bila Datuk Seri Mohamad Hassan dikecam kerana gambarnya berjumpa dengan pemimpin tertinggi parti lawan tersebar di media sosial.

Kenapa nak kecam Mat Hassan pulak, pihak yang satu lagi taknak kecam?  Dah berapa kali kita lihat perjumpaan orang-orang UMNO diadakan, dengan pihak yang sama diadakan.  Orang lain dari DAP dan PKR atau PAN, tak pulak nampak.

Jangan salah, ini bukan soal Mat Hassan atau siapa, ini pertanyaan kepada penyokong-penyokong Pakatan, kenapa tak persoalkan sehingga perkara ini berlaku?  Pemimpin UMNO pulak yang dijadikan isu, yang pihak dia tu taknak persoalkan.

Berjumpa ni macam bercinta, satu orang mahu tapi kalau satu orang lagi tak mahu, tak jadi apa. Mestilah ada sebab kenapa sekalipun dah menang pilihanraya tapi begitu rajin berjumpa dengan pemimpin parti yang kalah kan?

Persoalannya, masih tak rasa selamat lagi ke walaupun dah menang, dah tak percaya dengan kawan-kawan dalam pakat yang sama ke atau macam mana? Kalau baca di akhbar tu macam teruk sangat UMNO ni, tapi di belakang berjumpa macam tidak ada apa yang buruk pun.

Sejak 10 Mei 2018, bermula dengan gambar perjumpaan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, sehingga gambar berjumpa dengan Mat Hassan semalam – tak hairan ke kenapa galak sangat berjumpa?  Malah dua ke 3 hari PAS terdedah orang PAS pun ada berjumpa juga! Menarik.

Kenapa puak-puak tu tak persoalkan pihak mereka sendiri galak sangat berjumpa pemimpin-pemimpin UMNO (dan PAS)?

Itu yang bergambar, yang tak bergambar entah berapa banyak lagi perjumpaan-pejumpaan yang diadakan, seperti yang dikatakan berlaku di Perak.

Related Articles

Back to top button
%d

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker