Ahli2 UMNO, Beginilah Keadaan Kita Selepas Ini…

UMNO/BN tidak pernah kalah di peringkat persekutuan sejak merdeka, PRU14 adalah kali pertama.  Sudah tentu bila itu berlaku, segalanya nampak asing kepada kita sebab benda tak pernah jadi.

Sepertinya wakil-wakil rakyat yang melompat parti secara sistematik dan/atau beramai-ramai atas pelbagai alasan.

Dalam masa yang sama, tak pernah juga berlaku orang yang jadi Perdana Menteri di negara ini, “tidak miliki “kerusi yang cukup: – bercakap tentang partinya sendiri di Parlimen.  Dari PRU1974 hingga PRU2004, semua Perdana Menteri di negara ini memiliki majoriti 2/3 di Parlimen, tak pernah kurang.

2008-2018, walaupun tidak ada majoriti 2/3, dua Perdana Menteri dalam tempoh berkenaan, ada jumlah kerusi yang kukuh di Parlimen, paling tidak kerusi partinya sendiri berkali ganda lebih banyak dari kerusi parti komponen lainnya.

Semua itu bagaimanapun, tidak berlaku hari ini.  Justeru, wahai ahli-ahli UMNO sekelian, beginilah keadaan kita sekarang.

Minta hadamkan dua senario yang diatas dan kita semua boleh buat kira-kira sendiri dengan apa yang sedang berlaku.  Apa pun ia, tidak ada kaitan langsung dengan kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi.  Sama ada beliau atau siapa pun yang jadi Presiden UMNO, keadaannya tetap sama.

Malah, menyingkirkan Zahid tidak akan membawa banyak perubahan tapi tanpa beliau memimpin UMNO, akan lebih merugikan rakyat.

Ini sebabnya.

Di kedai-kedai kopi ada dakwaan, plan “orang baru” ialah membawa UMNO untuk bekerjasama dengan parti lawan atau lebih teruk lagi menguburkan UMNO atas nama survival dia sendiri – cakap kedai kopi yang kita ceritakan ni.

Alasan boleh direka, hari ini mungkin orang tak percaya, tapi lama-lama orang tak ambik port dah.  Seperti mana penipuan mega manifesto pilihanraya yang sedang melanda negara kita lah.  Macam-macam alasan depa bagi kenapa tak laksanakan janji, terbaru ada yang kaitkan dengan Malaikat, Nabi dan sebagainya.

Kalau Zahid disingkirkan, percayalah, semua penipuan mega ini diakhirnya orang tak akan ambik port dah sebab tidak ada siapa lagi yang akan mainkan peranan yang sejak 10 Mei 2018 ni, UMNO mainkan.  Yang ruginya nanti siapa?  Ya, kita, rakyat.

Related Articles

2 Comments

  1. Kita kena faham juga ,yg kita mahu adalah pemimpin yg bekerja bukan pemimpin yg bermasalah dan lembab berkerja.Ahli akar umbi ok je ,tak ada yg nak melompat kesana kemari yg bacul dan oppoturnis ialah para pemimpin.Pemimpin atas lembab dan tak berwibawa ,banyak masalah pribadi, pemimpin bawah tak mampu di kawal dan mereka ambil kesempatan cari jalan mudah,melompat.Jadi sekarang kita jangan mengajar ahli bawahan itu ini,mereka ok ,kita kena ajar ,kalau boleh desak pemimin atasan ,supaya buat kerja dgn betul,jangan menyusahkan parti.Itu lebih penting bagi mereka yg rasa dirinya bijak.

  2. Betul. Bagilah siapapun memimpin UMNO. Keadaan tak berubah. Buat masa ini, antara semua ahli UMNO, Ds.Zahid dan mantan PM Ds.Najib antara paling layak. Sekarang bukan masa meratap dan menyalahkan Ds.Zahid. Sekarang UMNO tak boleh dah bergantung harap pada ketua semata-mata macam dahulu. Sekarang semua kena action, semua kena serang lawan n defend UMNO.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker