Dongengan Mahathir Mengenai Timbalan Presiden UMNO

oleh Ab Jalil Backer

Mahathir adalah mahaguru penyimpangan (diversion) paling hebat.

Ketika rakyat marah dengan tindakan beliau menjejaskan demokrasi kerana mahu melumpuhkan parti pembangkang, beliau menyerang kepimpinan UMNO lagi. Kali ini gililran Timbalan Presiden UMNO.

Dalam keadaan orang membicarakan kemungkinan tindakan Ahli Parlimen UMNO yang keluar dan bakal menyertai Bersatu kerana ugutan, tiba-tiba sahaja gambar Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, Bendahari UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berjumpa Mahathir disebarkan.

Pertemuan tersebut 22 Oktober 2018, disebarkan Disember 2018 ketika isu politik senang panas dan orang Melayu sedang marah kepada mereka yang keluar UMNO.

Tujuannya apa? Mengubah haluan pemikiran rakyat daripada marah kepada wakil rakyat yang menandatangan perjanjian syaitan kepada menghentam Timbalan Presiden UMNO.

Selepas mengarahkan wakil rakyat-wakil rakyat yang belot ini menyerang Zahid, Mahathir pula menyerang Mohamad Hassan bagi menjejaskan lagi keyakinan ahli kepada parti.

Dakwa Mahathir, Mohamad Hassan meminta pandangan beliau bagi menyertai Bersatu.

Dakwaan Mahathir sangat aneh kerana Mohamad Hassan merupakan Timbalan Presiden parti terbesar negara. Jika Mohamad Hassan masuk Bersatu beliau hanya boleh menjadi ahli biasa yang tidak boleh bertanding dalam pemilihan parti Bersatu pada masa akan datang.

Tanpa propsek menjadi Menteri, tanpa prospek dapat memegang jawatan dalam Bersatu, mengapa Mohamad Hassan mahu meninggalkan UMNO menyertai Bersatu?

Jika Mahathir pernah mengatakan Nabi tidak bercukur kerana tiada pisau cukur pada zamannya, apalah sangat mendendangkan cerita dongeng Mohamad Hassan minta izin masuk Bersatu.

Dalam dunia politik tempatan hampir semua orang boleh baca Mahathir sedang mengejar waktu untuk melumpuhkan UMNO. UMNO perlu dimusnahkan supaya Bersatu dapat menjadi parti terkuat orang Melayu dan laluan mudah anaknya menjadi Perdana Menteri.

Justeru mustahil Mahathir tidak terima jika benar Mohamad Hassan minta izin masuk Bersatu.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker