“Get Out”: Lain Orang Keluar, Kenapa Pula Zahid Yang Kena?

Share

Kita berharap laporan yang mengatakan pemuda UMNO sebuah negeri dimana wakil-wakil rakyatnya dan pemimpin bahagian berbondong-bondong keluar parti semalam, yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi agar “get out”, adalah tidak benar atau dipetik luar dari konteks untuk melariskan berita.

Sebab, nampak sangat uneducated kenyataan itu dan tidak selayaknya keluar dari mulut orang UMNO.  Kita katakan sebagai uneducated sebab kebodohan macam manakah sehingga lain orang yang “curang” dengan meningalkan perjuangan parti selepas menang atas tiket BN, tapi Zahid pulak yang nak dipersalahkan?

Dari menyalahkan Zahid, lebih baik ambil positif dengan apa yang berlaku.

Semua kita tahu, pagi selepas semua pemimpin itu keluar, petang dah ada cadangan agar parti lawan yang diketahui sangat kebulurkan kerusi wakil rakyat UMNO kerana jumlah kerusi sendiri yang tidak cukup, mengembangkan sayap ke negeri yang berkenaan.

Atas cadangan itu, hari ini, sudah ada pemimpin dalam pakat yang sama, melabelkan semua mereka yang keluar itu sebagai sampah dan kenapa mereka perlu dikutip pula oleh parti rakan dalam pakatnya sendiri?  Aneh tu, patut gembiralah pasal sokongan dalam pakat bertambah, ini macam marah, siap gelar sampah apa bagai.

Nampak sangat kejadian semalam hanya menguntungkan satu pihak dalam pakat bukan pakat secara keseluruhan.

Ini semua petunjuk positif sebab nampak tak semua dalam pakat yang sama, gembira dengan apa yang berlaku sekarang ini.  Agaknya kalau lebih ramai wakil rakyat UMNO masuk ke dalam parti yang satu itu, entah apa pulak yang berlaku sesama mereka.  Sebab itu digalakkan ambil positif, bukan salah menyalah sesama sendiri.

Ada hikmah semua ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *