PH Charity Dinner: Rasuah Terbuka Ala Malaysia Baru?

Mohd Puad Zarkashi
12.12.18

Beberapa potret pemimpin PH seperti PM, TPM dan Menteri dibida oleh towkey towkey kaya untuk sumbangan politik kepada PH sempena PH Charity Dinner ahad lalu.

Apakah ini rasuah terbuka atau rasuah halal? Beberapa towkey sanggup membeli potret pemimpin PH. Potret PM ada yang terjual dengan harga RM500K dan RM350K. Potret Wan Azizah RM150K, potret Muhyiddin RM110K, potret dua beranak Guan Eng dan Kit Siang RM100K dan Potret Mat Sabu cuma laku RM10K sahaja (itu pun agaknya over market value).

Apakah mereka yang membida itu tidak ada tujuan lain. Iaitu membida gambar pemimpin dengan bayaran tinggi untuk melobi kontrak kerajaan? Apatah lagi ada yang membida itu adalah ahli perniagaan kontroversi. Potret yang dibida itu pun hanya gambar biasa bukan gambar lukisan tangan seperti potret Monalisa.

Kita mendesak SPRM memantau latar belakang pembeli. Apakah dalam tempoh tujuh bulan ini mereka mendapat atau melobi projek?

Deepak Jaikishan perniaga karpet membeli Potret Wan Azizah dengan harga RM150. Beliau sebelum ini penyokong BN tetapi apabila perniagaan beliau bermasalah dia mula memburukkan Najib dan Rosmah.

Stanley Thai bekas pengasas Supermax membeli potret PM dengan harga RM350K. Sebulan sebelum PRU 14 Stanley memohon maaf kepada Najib. Beliau pernah dipenjarakan kerana kesalahan “inside trading” dan menyokong Pembangkang di PRU ke 13.

Sekeping gambar yang dipinda dibeli dengan harga RM500K. Kalau ikut gambar asal ada wajah Menteri Keusahawanan Redzuan Othman berdiri di belakang Mahathir. Wajah Redzuan dibuang. Tetapi bos Platinum Victory Datuk Gan Yee Hin sanggup membelinya dengan harga termahal iaitu RM500K. Apakah beliau tutup mata sebelah untuk dapatkan pulangan yang lebih besar?

Rakyat berhak curiga mereka ini ada udang di sebalik batu. Ada towkey yang dapat projek membina Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) semasa BN turut membida. Mungkin towkey ini bimbang projek beliau dibatalkan.

Wan Azizah kata ini adalah kutipan derma politik yang telus. Tetapi kita bimbang ini adalah keterbukaan yang melindungi rasuah yang berlaku di belakangnya.

Maka wajar Akta Dana Politik di bawah segera ke Parlimen. Jangan nanti derma politik parti lawan dituduh sebagai duit curi tetapi didakwa menggunakan Akta AMLA. Lebih teruk akaun parti lawan dibeku sewenang wenangnya.

Related Articles

One Comment

  1. orang lain rasuah tapi bagi anak haram semua ini rasuah itu halal walaupun rakyat tahu ada babi disebalik makanan gala dinner…babi yang dimasksudkan ialah tentang ketamakan tokey2 cina kaya ini memberi isyarat secara tersirat kepada kerajaan liberal & kufar ph agar diberi kontrak & peluang mudah untuk menambah kekayaan mereka sebagai balasan membeli potret2 PM & para menteri dengan harga yang terlampau…ini yang rakyat nampak secara terbuka rasuah halal sedang dilakukan & diamalkan oleh mahafiraun mahathir, bagaimana dengan yang tertutup?

    kalau rasuah halal itu agak kasar bunyinya boleh tukar dengan double standard, tak pun tukar je dengan hipokrit ataupun munafik

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker