PH akan jual 30% dari lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya ?

Jika menteri kewangan PH mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang-kurangnya 30% dari lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya, tentu ramai akan membantah.

Sebenarnya, mereka sudah umumkan tetapi ramai rakyat biasa tidak sedar kerana cara licik mereka mengumumkan ini.

Ini ialah petikan dari muka-surat 16 ucapan belanjawan 2019 yang dibahas Menteri Kewangan.

Jelas dinyatakan bahawa mereka akan mewujudkan sesuatu Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) yang pertama didunia (maksudknya lain negara tidak buat macam ini).

Kemudian 30% dari unit REIT ini akan dijualkan kepada pihak swasta untuk menjana RM4 bilion – maksudnya nilai 100% tanah dan lapangan terbang yang dijual oleh kerajaan ialah RM13.3 bilion.

Hari ini, semua lapangan terbang dan tanah-tanahnya ialah milik penuh kerajaan.

Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula ada perjanjian konsesi dengan kerajaan untuk menyewanya.

MAHB akan mengutip cukai penerbangan dari pengguna airport untuk membayar sekitar RM400 juta setahun kepada kerajaan sebagai sewa.

Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar di MAHB. KWSP ialah kedua terbesar.

Apabila belanjawan ini diumumkan, harga saham MAHB terus menurun sebanyak 12% iaitu kehilangan nilai sebanyak RM1.5 bilion.

Mengapa?

Ini alah kerana kaedah REIT ini ialah cara kerajaan menjual semua lapangan-lapangan terbang yang dimiliknya kepada syarikat REIT ini.

Syarikat REIT akan membayar kerajaan dengan mengeluarkan 100% unit Amanah dalam REIT ini.

Kemudian, kerajaan akan menjual 30% dari unit-unit ini kepada pihak swasta termasuk pelabur asing dengan harga sekitar RM4 bilion.

Selepas ini, MAHB tidak akan membayar sewa kepada kerajaan lagi. Mereka akan bayar kepada syarikat REIT ini.

Untuk menarik pelabur, pulangan dari REIT ini mesti di sekitar 6.25% iaitu pulangan purata untuk REIT-REIT yang lain di negara.

Kalau tidak, ianya lebih senang untuk pelabur untuk melabur dalam bon atau sukuk kerajaan yang memberi pulangan faedah 4%.

Maka, bayaran tahunan dari MAHB kepada REIT ini dijangka naik dari RM400 juta kepada anggaran RM750 juta setahun.

MAHB pula terpaksa menaikkan cukai penerbangan untuk menampung kenaikkan ini. Cukai ini sudahpun diumum akan bertambah sebanyak RM40 seorang tahun depan.

Pada masa yang sama, kerjaan tidak lagi memiliki 100% dari lapangan-lapangan terbang dan tanahnya tetapi hanya 70%.

Oleh kerana pegangan 70% ini di dalam bentuk unit-unit Amanah yang cair (liquid), maka jauh lebih senang untu kerajaan untuk menjual lagi milik mereka dalam tanah lapangan terbang ini.

Kalau hari ini telah jual 30%, esok boleh jual sampai 60% atau 100%.

Sebenarnya, jika kerajaan perlukan RM4 bilion ini, ianya lebih senang untuk mereka untuk menerbitkan sukuk dengan membayar faedah 4% setahun.

Tidak perlu bayar 6.25% setiap tahun kepada pihak swasta dalam bentuk REIT.

Aturan REIT yang sama juga akan dibuat untuk hospital-hospital awam dan stesen keretapi milik kerajaan seperti dimaklum oleh Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2019 mereka.

Setelah menjual IHH Berhad kepada syarikat Jepun dengan cara rundingan terus tanpa tender dan cadangan untuk menjual 25% kepentingan di dalam PETRONAS maka giliran untuk lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya menjadi sasaran kerajaan PH untuk dijual.

Semua hospital swasta di bawah IHH Berhad telah dijual kepada Jepun. giliran hospital-hospital awam tidak lama lagi.

NAJIB RAZAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *