Lagi Usaha Memburukkan Tabung Haji?

oleh Ab Jalil Backer

Jika kita mahu memburukkan sesebuah institusi maka tulislah pembukaan berita mengenai kelemahannnya.

Inilah yang dilakukan Berita Harian hari ini dengan tajuk berita, “TH tak rekod rosot nilai pelaburan RM227.81 juta”.

Subtajuk pula ditulis, “Pendedahan dibimbangi wujud penyelewengan dalam pengurusan.”

Ini adalah serangan kepada Tabung Haji (TH) untuk memburukkan kerajaan lalu.

Subtajuk langsung tidak selari dengan Laporan Ketua Audit Negara yang meletakkan TH sebagai agensi dalam kategori “Pendapat Tanpa Teguran”.

Ini merupakan penarafan nombor satu dalam Laporan Audit Negara. Jika sesuatu agensi tersebut bermasalah serius ia akan diberi penarafan “Sijil Berteguran” atau lebih serius “Sijil Bertentangan” dan “Sijil Penafian”.

Ketua Audit Negara memberi Teguran Punitif kepada Kementerian Belia dan Sukan tetapi Berita Harian siap melaporkan teguran punitif tidak boleh dianggap telah ada kesalahan berlaku.

Teguran Punitif tidak boleh dianggap ada kesalahan telah berlaku; namun penarafan “Pendapat Tanpa Teguran” diulas sebagai dibimbangi ada penyelewengan.

Sekolah bahasa dan kewartawanan mana editor Berita Harian ini belajar?

Adalah sangat menghairankan apabila pujian Laporan Ketua Audit Negara 2017 bahawa TH antara 10 badan berkanun yang mencatat Pendapatan Janaan Sendiri Tertinggi bagi tahun 2017 berjumlah RM4.585 bilion berbanding RM3.481 bilion pada 2016, hanya dilaporkan di bahagian akhir berita.

Bahagian akhir berita adalah para paling kurang penting kerana artis grafik akan memotong bahagian paling bawah berita jika kekurangan ruang (space).

Laporan tersebut juga mendapati syarikat subsidiari TH mencatat pendapatan pelaburan tertinggi antara syarikat subsidiari agensi lain dalam negara iaitu berjumlah RM322.11 juta.

Alangkah aneh berita kejayaan TH dikecilkan sebaliknya isu rosot nilai beberapa anak syarikat TH dijadikan isu besar.

Secara ringkas rosot nilai (Impairment) merupakan prinsip akaun yang bertujuan menunjukkan kehilangan nilai atas aset syarikat berdasarkan manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan aset terutamanya aset tetap. Misalnya sesuatu aset tersebut jangka akan memberi pulangan tunai atau faedah tertentu tetapi tidak mencapai jangkaan tersebut. Maka perbezaan itu dianggap rosot nilai.

Ia berbeza dengan susut nilai (depreciation) yang menentukan penurunan nilai aset syarikat mengikut jangka hayat.

Saya tidak faham bagaimana isu rosot nilai boleh menjadi intipati utama berita terbabit berbanding kejayaan TH.

Menyelami Realiti: Apa Kebaikan Penubuhan PN Kepada UMNO dan BN?

Related Articles

One Comment

  1. Aku pun awalnya tak paham maksud ‘rosot’ ni. Dah baca banyak kali baru paham (kalau ada orang tanya pun susah jugak aku nak terangkan), orang yang menyokong PH, baca tajuk saja dah bersorak dah.
    Kemudian dibesar2kan dalam media macamlah isu yang besar amat sampai TH boleh melungkup.
    Bagi yang tak paham dan percaya bulat2 ‘kerosakkan’ yang dah berlaku ni..mari bertepok ramai2.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker