8 Disember : Himpunan perjuangan hak semua bumiputera dan Islam di negara ini.

oleh Ab Jalil Backer

Menjelang Himpunan Bantah ICERD pada 8 Disember 2018 nanti akan banyak lagi laporan-laporan sensasi mengenai skandal institusi berkaitan Melayu dan Islam akan didedahkan.

Benar atau tidak bukan perkara utama. Tujuannya hanya untuk menyebabkan orang Islam marah kepada UMNO dan tidak turun himpunan nanti.

Orang Islam perlu melihat kepentingan yang lebih besar. Himpunan ini adalah kepentingan lebih besar berbanding skandal-skandal yang belum tentu benar.

Pemimpin bukan maksum, tapi idealisme perjuang tidak harus dibuang kerana marah seorang dua pemimpin.

Kita turun sabtu ini bukan kerana menyokong UMNO atau PAS. Bukan kerana menyokong Zahid atau Hadi Awang atau kerana membenci Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Himpunan sabtu ini adalah himpunan perjuangan hak semua bumiputera dan Islam di negara ini. Jangan biarkan propaganda jahat ini melemahkan kita.

https://mykmu.net/2017/10/19/kasihannya-dap/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker