SatuMDB: Kalau Yg Menipu Pun JL, Bukan Najib

Bagi siapa yang tak tahu, kali terakhir diperiksa, nama JL ini belum lagi dimasukkan dalam senarai merah Interpol.  Ada pandangan di media sosial mengatakan ini seakan membuktikan tidak ada keseriusan dari pihak yang berkenaan pulak untuk menjejak orang yang kunun kunun paling dicari di negara ini.

Ada 15 nama rakyat Malaysia dalam senarai itu, JL dan bapanya bukanlah salah seorang dari mereka.

Hakikat yang satu lagi, setelah bertahun mendakwa ada kes mencuri wang SatuMDB oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan setelah berbulan-bulan mengambil alih pentadbiran, masih tidak ada satu pertuduhan mencuri duit SatuMDB ini yang dikenakan ke atas sesiapa – RM 42 billion baik, RM 2.6 billion baik.

RM 2.6 billion ini pulak, sebahagian besarnya sudah dipulangkan, nak tuduh curi macam mana pun tak tahu.

Kenyataan Najib dalam satu temuramah dengan sebuah tabloid tempatan pula, mengesahkan bahawa kalau pun ada sesiapa yang menipu dalam “skandal” SatuMDB ini, orang itu ialah JL, bukan beliau.

Itu sajalah nak cakap.

Related Articles

One Comment

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker