Apa Pun Isu, Jangan Lupa Pasal “Kena Tipu”

Banyak perkembangan menarik dan tak berapa menarik berlaku dalam negara kita minggu ini seperti ketegangan yang berlaku beberapa hari sudah, sidang media pada hari Ahad, ICERD dan beberapa benda lain.

Hari ini dah kerusi Parlimen Cameron Highland pulak kosong.

Saya tak berapa berminat nak mengulas secara terperinci tentang semua perkara tersebut, antara lain kerana pihak-pihak yang berkaitan dengannya akan/telah/sedang menanganinya dengan baik.

Cakap pasal ketegangan tu, ia bukanlah pertama kali berlaku dalam negara kita, keadaan yang seumpamanya dengannya (cuma situasi berbeza) pernah berlaku tahun awal abad ini dulu – dan pihak berkuasa negara kita pada waktu itupun berjaya mengawal situasi dengan baik.



Sekarang?  Mesti lebih baik lagi.  Yang penting, serah kepada agensi penguatkuasaa ini untuk menjalankan tugas mereka.

Rakyat perlu ada keyakinan kepada agensi-agensi penguatkuasaan kita untuk menyelesaikan serta mengawal perkara tersebut, dalam masa yang sama, menangkap mereka yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan seorang anggota bomba berada dalam keadaan kritikal.

Begitu pun, dalam semua kejadian ini, rakyat hendaknya tidak terlalu leka dengan semua perkara tersebut sehingga melupakan hakikat bahawa kita masih sedang ditipu akibat pelbagai janji yang tidak dilaksanakan regim menjelang tahun baru yang tidak berapa lama lagi.

Bimbang kalau terlalu terbuai dengan apa yang berlaku sekarang, sampai lupa kena tipu. “Menanglah” puak tu.



Itu belum bercakap tentang matawang yang semakin hari semakin jatuh sekalipun harga minyak sedang tinggi sekarang, harga komoditi, nasib petani nelayan dan sebagainya.

Semua ini tidak boleh diabaikan begitu saja.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker