Kerajaan PH Boleh Ubah Keputusan Mahkamah…‘Rule Of Law’ Akan Dirobak-rabik?

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menyatakan bahawa Kuil Sri Maha Mariamman dekat USJ 25 tidak akan dirobohkan sehingga satu penyelesaian dicapai menimbulkan persoalan.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan (PH) boleh mengubah keputusan mahkamah.

Semalam, Waytha Moorthy dalam sidang medianya di kuil terbabit memaklumkan akan pastikan kuil itu tidak akan dipindahkan dan sementara rundingan dibuat ia tidak akan dirobohkan sedangkan wang pampasan sudah diambil.

“Itu bermakna Kerajaan PH boleh ubah keputusan mahkamah. Mahkamah di bawah PH akan menjadi tidak bebas dan tidak ada kredibiliti. Waytha kata dia akan berunding dengan Peguam Negara (AG).

“Maka kita sebenarnya sudah boleh buat kesimpulan “rule of law” di bawah Tun M (Tun Dr Mahathir) akan dirobak-rabik.

“Kita mahu tanya PDRM. Bagaimana dengan kenyataan Waytha dan Sami Kuil Sri Mariamman yang menuduh Polis lembab secara terbuka. Tidakkah kenyataan itu menghasut?”

Soalnya lagi, beratus-ratus laporan polis telah dibuat terhadap Waytha Moorthy kerana video menghasut beliau di Belanda dan ditambah dengan kenyataan terbaru beliau yang menghina polis, maka apakah polis takut untuk bertindak terhadap beliau?

“Saya bertanya kepada Tan Sri Muhyiddin kenapa diam seribu bahasa? Tolong bertindak segera terhadap mereka yang menghasut, yang mencederakan pegawai bomba, yang membakar kereta dan yang menjadi dalang,” tegasnya lagi.

Waytha Moorthy, yang menjaga portfolio perpaduan nasional, turut memberi jaminan bahawa keluhan pelbagai pihak mengenai penempatan semula lokasi kuil itu akan dibawa lagi kepada perhatian Dr Mahathir.

Kejadian yang bermula awal pagi Isnin dan awal pagi ini melibatkan pergaduhan dua kumpulan dan terdapat perusuh yang membakar 23 kenderaan serta merosakkan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta mencederakan seorang anggota bomba.

Ekoran kejadian itu, polis dilaporkan telah menahan 21 individu bagi membantu siasatan insiden tersebut.

PUAD ZARKASHI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker