Mengapa Kes Jenayah Dijadikan Isu Agama Oleh Hindraf?

Share

Apa sebenarnya masalah di USJ? Khabarnya ada samseng serang kuil sebab kuil tidak mahu pindah seperti arahan mahkamah. Bila kerajaan lepas tangan maka inilah jadinya.

Malangnya masalah jenayah dijadikan isu agama oleh pemimpin akal sempit. Orang pertama yang mengapi-apikan peristiwa ini sebagai ketegangan agama ialah seorang EXCO Negeri Selangor. Apakah beliau telah ditahan polis? Mengapa beliau kebal?

Bagi orang Melayu biarlah penganut agama Hindu berkumpul. Orang Melayu duduk jauh-jauh sudahlah, jangan sibuk.

Masalah dalam negara kita ialah Hindraf telah lama memainkan cerita tamil mengenai penindasan dan kekejaman kerajaan Malaysia.

Ramai penganut agama Hindu di negara ini percaya semua kata-kata Hindraf dan benci kepada Melayu dan Islam.

Dulu kerajaan negeri Selangor bawah BN bagi macam-macam bantuan kepada kuil dan bantuan anak pekerja ladang pun diperlekehkan saja.

Ramai penganut agama Hindu percaya semua fitnah Hindraf termasuk kononnya ada kuil dirobohkan ketika Deepavali. Mereka tidak mahu dengar cerita pentadbir kuil telah ambil wang untuk berpindah dan sebagainya. Ini kerana Hindraf telah menghasut mereka.

Justeru bila ada samseng yang Melayu (apakah benar mereka melayu?) yang diupah merosakkan kuil, mereka sepatutnya melihat ia satu tindakan jenayah. Malangnya segelintir penganut agama Hindu dengan penuh emosi mahu menjadikan satu isu agama.

Waytha Moorthy tidak boleh menyalahkan sesiapa bila penganut agama Hindu mewujudkan kekacauan. Beliau yang menanam benih kebencian kaum India kepada Islam, Melayu dan pihak berkuasa.

Malah tidak mustahil ini peristiwa sengaja diapi-apikan menjadi oleh mereka yang menyokong ICERD supaya akan memaksa polis mengharamkan perhimpunan ICERD 8 Disember nanti.

Melihat rekod Hindraf dan Waytha Moorthy mereka sentiasa mampu membuat kekacauan yang akhirnya meraih simpati kepada kumpulan mereka.

Memali, Al-Maunah, Kampung Medan semuanya berlaku ketika negara di bawah pengawasan Mahathir. Hari ini isu seperti ini muncul lagi.

Leave a Reply