Kenyataan Perdana Menteri Mengenai Isu Kuil Sangat Lemah.

Share

Oleh Ab Jalil Backer

Kenyataan YAB PM bahawa kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield sebagai kejadian jenayah bukannya isu agama dan perkauman sangat aneh.

Beliau mahu meyakinkan rakyat bahawa ia isu jenayah namun gagal mengawal Menteri dan EXCO kerajaan Negeri bawah pimpinannya dari memainkan sentimen agama dan kaum.

Memang ini sepatutnya bukan hal agama dan kaum. Namun Menteri beliau yang menimbulkan keadaan tegang ini.

Jika ini bukan hal agama dan perkauman seperti kata YAB PM, mengapa ada Menteri kabinet beliau menolak keputusan Mahkamah dan persetujuan pihak pentadbir kuil untuk berpindah?

Bukankah kenyataan penolakan keputusan mahkamah oleh seorang Menteri dari Hindraf merupakan satu kenyataan perkauman dan berunsur ektremis agama?

Angkuhnya kerajaan ini keputusan Mahkamah boleh ditolak jika tidak sesuai dengan kehendak penyokong mereka?

Penganut agama Hindu secara keseluruhannya tidak wajar tertipu dengan Hindraf dan mereka yang cuba menghasut sentimen agama.

Cuba pertimbangkan fakta ini. Pihak pengurusan kuil telah menerima keputusan Mahkamah yang memihak kepada pemaju One City. Walaupun menang syarikat terbabit bersetuju menyumbang RM1.5 juta kepada kuil tersebut.

Kemudian berlaku pergeseran dalam pemilikan kuil tersebut antara Chellappa dan Nagaraju. Akhirnya Mahkamah memihak kepada Chellappa.

Jadi penganut agama Hindu yang berkumpul dan mencetuskan ketegangan perlu memikirkan secara rasional, ini isu penindasan agama Hindu atau perebutan kuasa dalam kuil sahaja?

Sangat malang buat Malaysia apabila Menteri Perpaduan dari Hindraf dan Exco Selangor beragama Hindu bukan cuba meredakan keadaan; tetapi lebih kepada membakar sentimen dengan menyalahkan pelbagai pihak lain yang tiada kena mengena dengan kuil tersebut.

Lebih malang buat Malaysia apabila Perdana Menteri yang mengatakan mahu menjadi “Harimau Asia” takut untuk menegur Menteri dan Exco ini kerana bimbang hilang kuasa.

Harimau sudah jadi kucing parsi.

One thought on “Kenyataan Perdana Menteri Mengenai Isu Kuil Sangat Lemah.

  • November 28, 2018 at 00:20
    Permalink

    Menteri Perpaduan dengan Exco Selangor ni nampak macam tak pandai nak bersyukur. Mereka beruntung datuk nenek atau mak bapak mereka memilih untuk tinggal di Malaysia diambang kemerdekaan dulu.

    Kalau mereka lahir di India sana..tak taulah apa jenis kasta yang mereka pegang..silap2 pergi sekolah pun tak dapat.

    Ini sekadar meluahkan rasa panas hati, bukan komen rasis ye!!

    Reply

Leave a Reply