Anggota bomba diserang perusuh parah, dalam ICU

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 awal pagi tadi dilaporkan cedera parah.

Pegawai Penerangan JBPM, Dzulhaimy Dahari dalam satu kenyataan berkata, anggota terbabit telah dimasukkan ke dalam Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhammad Hamdan Wajid dilaporkan akan melawat anggota berkenaan pagi ini.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian Online, mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.-UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker