Hilang jasa beliung, Timbul jasa rimbas

Share

oleh Ab Jalil Backer

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berjaya merekodkan pelaburan bernilai RM2.2 bilion setakat September yang lalu.”

Saya fikir beliau sangat naif dalam hal prosedur pelaburan. Jika hendak mendabik dada pun tunggulah tahun depan. Ramai orang tahu kerja menarik pelaburan bukan semudah menyediakan manifesto munafik PH.

Mengikut Laporan MIDA, dari Januari-Jun 2018, sejumlah RM1.6 bilion pelaburan dalam perkilangan telah diluluskan di Negeri Sembilan. Ini sektor perkilangan sahaja, belum lagi sektor perkhidmatan, pertanian dan lain-lain.

Bagi yang tahu, proses kelulusan pelaburan bukan ambil masa sebulan dua seperti mana cuba digambarkan oleh Aminuddin.

Jika ada pelaburan masuk tahun ini ia adalah hasil usaha berbulan, malah mungkin bertahun, kerajaan bagi meyakinkan pelabur asing dan tempatan supaya melabur wang mereka di sini.

Untuk kehilangan pelabur pula sangat mudah dan sekelip mata. Ini kerana apabila pelabur tidak yakin dengan kerajaan mereka tidak tunggu setahun dua sebelum lari. Mereka lari awal terutama bagi pelaburan saham.

Tidak salah untuk Menteri Besar mahu memberitahu rakyat mengenai pelaburan yang diterima.

Jika tidak mahu memberi pengiktirafan kepada usaha Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Kerajaan BN sebelum ini pun, janganlah pula cuba mengaku usaha orang lain sebagai kejayaan sendiri. Umum sahajalah Kerajaan Negeri Sembilan berjaya menarik pelaburan bukannya kerajaan PH.

Peribahasa Melayu menggambarkan situasi ini sebagai Kerbau punya susu, sapi punya nama”. Manakala orang muda hari ini ada slanga tersendiri – “kaki claim kredit”.

*Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.

Leave a Reply