Pahit Kalah Bertanding Presiden UMNO Ni, Orang Meroyan Pun Kadang2 Jeles

Sehingga pemilihan1987, sejarah membuktikan hampir semua mereka yang kalah bertanding jawatan Presiden UMNO akan keluar UMNO dan menubuhkan parti baru.

Allahyarham Dato Onn (menubuhkan parti Negara), Haji Ahmad Fuad Hassan (menubuhkan PAS) sehingga Tengku Razeleigh (kali pertama – menubuhkan S46), semua pun macam itu.  Beza, zaman 2 yang pertama tak dipanggil Presiden UMNO tapi Yang Dipertua UMNO tapi itu jugalah bendanya.

Nak tunjuk “badi” kalah bertanding ni macam mana.

Selepas UMNO lama diharamkan dan UMNO baru ditubuhkan pada tahun 1988, pelbagai peraturan baru diadakan bagi “menyukarkan” sesiapa pun untuk menentang Presiden sedia ada.

Antaranya diadakan sistem undi bonus bagi penyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kuota pencalonan 30% dari bahagian dan sebagainya – semua ini dihapuskan Datuk Sri Najib Tun Razak tak lama selepas beliau mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 2009.

Semua pun boleh bertanding dah tanpa lalu semua kesukaran terdahulu sekalipun bermaksud all tom, dick and harry (or penghantar passport) dah boleh bertanding juga.

Walaupun semua peraturan yang diwujudkan itu (sebelum dihapuskan Najib) dianggap banyak pihak bertujuan lebih kepada mengukuhkan kedudukan Presiden sedia ada tapi dalam masa yang sama, ia juga mengekang gejala kecewa kalau pertandingan diadakan dan ada dikalangan yang bertanding itu kalah.

Gamaknya kepimpinan masa itu tahu, semua orang boleh bertanding, tapi tak semua boleh terima hakikat bila kalah.

Begitupun setelah lama tidak ada pertandingan (dari 1987) dan bila pertandingan diadakan semula 30 tahun selepas itu, sudah ada trend baru – kalah bertanding tak keluar parti atau tubuh parti baru tapi meroyannya – kalah orang perempuan belum habis pantang.

Justeru, inilah tujuan artikel ini untuk menjelaskan “kemeroyanan” yang dikesan berlaku kepada sesetengah mereka yang kalah bertanding hari itu.  Jadi, nak hairan apa, dah memang pembawakannya kalau kalah macam itu.  Terima sajalah, kurang-kurang dia masih “bersama” kita (UMNO).

Tak tahulah esok-esok.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker