Muktamad! Himpunan tolak ICERD diteruskan

Muktamad! Himpunan tolak ICERD diteruskan

23 November, 2018

KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan keputusan Kerajaan PH untuk tidak meratifikasi ICERD sebagaimana kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri yang telah dimaklumkan menerusi siaran media sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, namun rancangan asal Himpunan Perdana Rakyat Tolak ICERD yang dijadualkan pada 8 Disember depan di Dataran Merdeka akan tetap diteruskan.

Pun begitu jelas beliau, rancangan tersebut akan bertukar format kepada himpunan kejayaan dan kesyukuran rakyat menolak ICERD yang akan diisi dengan solat hajat dan ucapan daripada para pimpinan.

Jelasnya, rakyat telah menunjukkan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut dengan pelbagai persiapan di negeri masing-masing dan soal tempat terserah kepada urusetia penganjur.

Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Kamaruzaman Mohamad menegaskan, pihaknya selaku penganjur bersama Sekretariat Kedaulatan Negara (DAULAT) akan tetap meneruskan himpunan.

Sementara Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim menggesa Kerajaan PH memberi kenyataan lebih jelas dan tegas berkenaan halatuju mereka terhadap ICERD memandangkan Perdana Menteri bersandarkan ianya mustahil kerana PH tidak punya majoriti di Parlimen.

Beliau mempersoalkan sama ada PH akan meminda Perlembagaan Persekutuan sekiranya memiliki majoriti dua pertiga dan memberi laluan kepada pelaksanaan ICERD yang hingga kini kekal menjadi kebimbangan dan kecurigaan kepada rakyat. – HARAKAHDAILY 23/11/2018

Related Articles

One Comment

  1. UMNO harus meneruskan perhimpunan bersama PAS…selain perhimpunan untuk meraikan kemenangan Islam terhadap golongan liberal & kufar kerajaan pakatan harbi(PH) yang mahu meratifikasi ICERD, perhimpunan harus juga terus memberi tekanan kepada kerajaan pakatan harbi(PH) terutama PM agar mengesahkan pembatalan meratifikasi ICERD dalam bentuk tanda-tangan yang dipersetujui & diterima oleh parlimen

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker