ICERD: Kenapa Dulu Diam Sekarang Bantah?

oleh Ab Jalil Backer

Dulu UMNO tidak bantah ICERD kerana kerajaan hanya arahkan buat kajian.

Ketika itu juga UMNO berkuasa jadi tidak perlu buat bantahan besar-besaran kerana kita ada kuasa untuk tidak tandatangan.

Sekarang UMNO turut serta bantah ICERD kerana kuasa di tangan orang lain. Jadi UMNO perlu bersama tunjuk bantahan supaya yang ada kuasa faham ada bantahan.

UMNO dan Pas turut sama membantah kerana Perdana Menteri sendiri menyatakan di PBB mengenai hasrat untuk meratifikasi.

UMNO dan Pas turut sama membantah kerana yang mengepalai isu ini sekarang seorang pemimpin Hindraf yang rasis dan berbohong di seluruh dunia bahawa Malaysia menindas penganut agama Hindu dan merobohkan puluhan ribu kuil.

Sampai hari ini Menteri seperti Khalid Samad dan Mujahid Yussof menyokong ratifikasi ICERD.

Yang membantah hanyalah parti Bersatu yang ada 13 kerusi Parlimen. Itu pun hanya Presiden dan Timbalan Presiden. Itu pun hanya setelah nampak gelombang besar membantah ICERD.

Jadi salahkah UMNO dan Pas bersama para NGO Melayu dan Islam keluar menyatakan bantahan?

Pelik sungguh sebahagian orang Melayu yang menyokong PH ini. Mereka tidak bersetuju Malaysia tandatangan ICERD tapi membelasah UMNO sebab bantah ICERD.

Mereka kata UMNO membantah sebab politik sempit kerana dulu tidak bantah. Sebenarnya kamulah yang berpolitik secara sempit. Kamu melihat siapa yang bantah bukan isu yang dibantah.

Jika kamu mahu taksub kepada kerajaan silakan, tapi usah merosakkan perjuangan ini.

Related Articles

One Comment

  1. Tak tahu apa sebab dan kenapa..PM kita lambat sangat bersuara..keharmonian dah rosak berminggu2 baru nak berbunyi.

    Itukah yang dimaksudkan oleh abang Non (nak sebut expeliwat xpasal2 aku kena kang) ada menteri yang tak cekap dan tak matang?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker