Catatan Buat SPRM

Share

oleh Ab Jalil Backer

Anda paling berkuasa sekarang ini. Anda boleh “menyusahkan kehidupan” seseorang dengan hanya membekukan akaun di bawah AMLA.

Anda boleh menekan dan menyusahkan sesiapa sahaja yang anda benci dengan membuat pendakwaan di Mahkamah walaupun belum siap kertas siasatan sepenuh.

Anda boleh menjual nama tuhan sepuluh kali sehari kononnya anda hanya menjalankan tugas kerana takutkan Allah.

Tapi ia bukan lesen untuk anda memalu dan mengaibkan seseorang yang kamu belum pasti sahih atau tidak sesuatu perkara.

Hari ini SPRM sudah seperti agensi tergila-gila publisiti. Baru dapat maklumat, belum disahkan benar atau salah sudah mula membocorkan kepada media. Ingatlah semua yang disyaki harus dilayan secara penuh hormat dan bermaruah walau kamu benci atau marah kepadanya.

Tidak guna Ketua Persuruhjaya kamu menjual nama tuhan merata-rata, sedang kamu bertindak semacam manusia jahiliyah.

Mangsa buli siber bunuh diri kerana ‘berjanji temu’ warga asing

Aktivis C4 ditahan berkait catatan FB tentang mural pemimpin

Syed Saddiq kecam Rahim, walaupun selepas padam catatan berkait Veveonah

 

 

Leave a Reply