KKM tak galak guna terowong sanitasi, tiada bukti bunuh Covid-19

Kementerian Kesihatan tidak menggalakkan penggunaan “terowong pembasmian kuman” kerana tidak terbukti berkesan terhadap Covid-19.

Juga dikenali sebagai ruang, kotak atau bilik sanitasi; alat sedemikian menyemburkan bahan kimia pembasmi kuman pada pengguna sebagai pencegahan virus.

Pada taklimat medianya petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran supaya tidak menggunakan alat itu dan menyatakan beberapa kemungkinan kesan berbahaya.

“Tidak ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa ia sebenarnya bermanfaat atau (dapat) bahkan untuk melindungi orang tersebut. Kami bimbang bahawa menggunakan terowong ini tidak akan membasmi kuman seseorang kerana virus itu ada di dalam badan, bukan pada permukaan […]

“Kami khuatir tentang bahan kimia yang digunakan untuk disemburkan kepada individu […] ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata (dan) ia juga boleh mencetuskan serangan asma,” katanya.

“Kami tidak menggalakkan penggunaan terowong itu,” tegasnya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker