IECRD: UMNO Bukan “Mula”, UMNO Kaji – Beza Tu

Amat menjijikkan bila penyokong regim menyalahkan UMNO kerana mereka mahu mengiktiraf IECRD hari ini.  Benda buruk semua nak salahkan UMNO, benda baik, semua dia punya walaupun hanya nama yang bertukar.

Banyak beza antara mengkaji dengan melaksanakan.  Apa yang UMNO buat pada 2011 ialah mengkaji, apa yang regim nak buat pada hari ini adalah memberikan komitmen ke arah pengiktirafan tersebut.

Komitmen mengenainya (nak mengiktiraf IECRD) boleh dijumpai dimana-mana, justeru tak timbul soal memfitnah sesiapa – sign saja yang belum.

Tapi kalau nak dihujahkan begitu – UMNO memulakan IECRD, pun tidak ada masalah sebab ramai dari kalangan pemimpin regim yang memberikan komitmen untuk melaksanakan IECRD pada hari ini, ada dalam UMNO pada tahun 2011.

Nak hairan apa?

Yang pentingnya sekarang, siapa yang akan mengiktirafkan IECRD ini, UMNO atau regim sedia ada?  Itu sebenarnya persoalan yang lebih penting, bukan siapa mulakan atau tidak?  Nak kira macam itu, UMNO yang mulakan perjuangan politk menuntut kemerdekaan cara aman pada tahun 1946, tapi siapa peduli?

Memetik kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo, “bagaimana ia bermula tak penting, yang penting ialah, bagaimana ia berakhir”.

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker