Tidak wajar Maszlee larang pembangkang hadir majlis di sekolah

Asmaiza Ahmad

Tidak wajar larang hadir majlis di sekolah – Asmaiza

Tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, melarang wakil rakyat pembangkang daripada menghadiri sebarang majlis rasmi di sekolah disifatkan sebagai tidak wajar.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Asmaiza Ahmad, berkata perkara itu tidak adil bagi negeri yang ditadbir oleh kerajaan bukan Pakatan Harapan (PH).

“Saya minta supaya jangan dipolitikkan isu ini sehingga kami tidak dibenarkan untuk menghadiri ke sebarang program rasmi sekolah.

“Ini kerana di Perlis ada sekolah yang meminta bantuan daripada kerajaan negeri dan takkan kami tidak dibenarkan masuk ke sekolah jika pihak penerima menganjurkan program di situ?” katanya ketika dihubungi.

Semalam, di Dewan Rakyat, Maszlee menegaskan Ahli Parlimen pembangkang yang berhasrat masuk ke sekolah milik kerajaan persekutuan untuk menghadiri sebarang program perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

Maszlee berkata, pekeliling juga sudah dikeluarkan bahawa permohonan perlu dibuat kepada kementerian melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) jika wakil rakyat terbabit berhasrat berbuat demikian.

Asmaiza berkata, di Perlis pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau pekeliling yang melarang wakil rakyat daripada PH untuk menghadiri sebarang majlis rasmi.

“Malah ada wakil rakyat mereka yang ‘tembus’ ke kawasan orang lain bagi merasmikan satu-satu majlis.

“Saya minta supaya dia (Maszlee) nilai semula arahan yang dikeluarkan olehnya semalam dan berlaku adil kepada kami,” katanya.

BH

Zuraida dirujuk ke Lembaga Disiplin PKR

Related Articles

One Comment

  1. Susahlah lepas ni kalau wakil rakyat pembangkang nak pergi program ambil report card anak…mesyuarat PIBG pun tak boleh nak join ni..ha3

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker